Jangan Menulis Demi Kepuasan
Apabila saudara hendak menulis buku, jangan menulis 'untuk kepuasan'. Akhirnya saudara tidak puas. Apabila saudara semata-mata hendak mencari kepuasan dengan menulis, saudara akan menulis tanpa mengambil kira pelbagai faktor, seperti penerbit mana yang mahu menerima karya saudara itu, berapa besar pasaran yang ada, tingkah laku pembaca, strategi pemasaran dan banyak lagi. Akibatnya, barangkali tidak ada penerbit yag mahu menerbitkan karya saudara itu. Jika buku saudara gagal diterbitkan, mana mungkin saudara puas!
Seorang penulis yang mendakwa dirinya pakar perubatan herba telah siap menuliskan bukunya yang bertajuk 'Herba untuk Wanita Menopaus' dan menghantarkannya kepada PTS. Kata beliau, "Buku judul macam ini belum ada dalam pasaran."
Selepas dibaca oleh editor didapati kandungan buku itu berguna kepada wanita-wanita yang sudah menopaus tetapi buku itu tidak sesuai diterbitkan, oleh itu ditolak.
Hasil kajian yang dijalankan oleh bahagian pemasaran PTS mendapati braket usia perempuan-perempuan yang pergi ke kedai buku adalah di antara 16-36 tahun. Mudah cakap: Perempuan menopaus tidak masuk kedai buku!
Begitulah contoh perbezaan sudut pandangan penulis dan penerbit apabila memilih judul buku yang sesuai diterbitkan.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home