Monday, August 01, 2005

Sebatang Pokok Getah

Kata pepatah Tamil "Satu batang pokok getah tidak jadi satu estet".

Memang pokok getah adalah spesies pokok yang boleh menjadikan kita seorang jutawan. Tetapi untuk menjadi jutawan getah kita memerlukan banyak pokok getah.

Begitulah juga halnya dalam dunia penulisan. Saudara tidak akan mendapat pendapatan lumayan jikalau saudara hanya mempunyai sebuah buku. Bagi membolehkan saudara mendapat royalti sekitar RM100 ribu setahun saudara memerlukan banyak buku.

Siti Nurhaliza mempunyai suara yang membolehkan beliau menjadi jutawan, tetapi jikalau beliau hanya berjaya merakamkan sebuah album sahaja, beliau terpaksa mencari kerja lain untuk hidup! Kini beliau hidup lumayan disebabkan beliau berjaya merakamkan banyak album.