Monday, January 23, 2006

Mengapa Jangan Merancang Buku yang Hendak Ditulis

Majoriti penulis baru memberikan fokus kepada merancang “buku apa” yang hendak ditulis dengan tidak memberikan perhatian kepada faktor-faktor lain seperti kesesuaian karya yang hendak ditulis itu dengan keperluan pembaca sasaran dan kehendak pasaran.

Ini menyebabkan kebanyakan karya sulung penulis-penulis baru ditolak oleh penerbit. Apabila ini berlaku, baik penulis mahupun penerbit, kedua-dua pihak mengalami kerugian.

Penulis rugi disebabkan manuskrip yang siap ditulis dengan susah payah itu tidak terbit, oleh itu penulis tidak mendapat royalti. Penerbit pula rugi sebab walaupun ada penulis menghantar manuskrip tetapi ia tidak sesuai diterbitkan, oleh itu manuskrip tersebut tidak dapat dijual dan dijadikan wang.

PTS cuba mengurangkan kerugian ini dengan mewajibkan semua penulisnya menghadiri pelbagai kursus sebelum mereka memulakan kerja-kerja penulisan.

Bahagian pertama dalam kursus itu menerangkan bagaimana buku-buku diperdagangkan dalam pasaran terbuka supaya penulis faham faktor-faktor yang boleh menyebabkan buku-buku yang baik isinya tetapi gagal dijual dalam pasaran.

Dalam bahagian kedua diterangkan trend-trend pasaran buku di Malaysia. Maklumat ini membantu bakal-bakal penulis memilih kategori buku yang sesuai dengan minat dan bakat mereka.

Dalam bahagian ketiga mereka diberi penerangan tentang strategi dan cara-cara menghasilkan buku-buku yang evergreen dan mudah dipasarkan oleh penerbit. Dengan pengetahuan ini penulis-penulis dapat belajar bukan hanya “bagaimana merancang buku” yang hendak ditulis tetapi juga “bagaimana merancang kejayaan buku” yang akan ditulis.

Inilah yang menjadikan penulis-penulis baru yang mengikuti pelbagai kursus PTS berjaya menerbitkan semua buku yang mereka tulis, daripada buku pertama kepada setiap buku yang berikutnya. Buku-buku mereka bukan hanya dapat diterbitkan, malah menerima sambutan baik dalam pasaran.

Jadi, jangan rancang buku saudara, sebaliknya rancanglah kejayaan buku saudara itu! Ini bermakna saudara berbincang terlebih dahulu dengan penerbit saudara tentang buku yang hendak saudara tulis.

Di PTS, sesudah saudara mengikuti kursus, barulah saudara mendapat lampu hijau bagi mula menuliskan buku-buku yang judul dan isi kadungannya sudah diluluskan terlebih dahulu oleh editor saudara. Inilah rahsia bagaimana PTS berjaya memperkenalkan lepas seorang, seorang lagi penulis baru ke dalam pasaran dengan buku masing-masing memenuhi kehendak pembaca sasaran, sehingga membolehkan 70% judul PTS diulang cetak dalam tempoh 12 bulan selepas diterbitkan.





1 Komen :

At 5:14 PM, Blogger mba2u Berkata ...

Puan;

Bagaimana caranya nak hadiri kursus penulisan anjuran PTS?

terima kasih

 

Post a Comment

<< Home