Friday, February 03, 2006

Strategi Menjadi Penulis Profesional: Cari Cek Kecil, Buat Cek Besar

Apabila saudara hendak mencari penghidupan yang selesa dengan menggunakan bakat saudara sebagai penulis, ada beberapa strategi kerja yang berguna kepada saudara.

1. Stategi Jangkamasa Pendek: Saudara perlu ada sumber pendapatan kecil-kecil setiap bulan. Tulis artikel untuk dapat duit cepat dan dapat tiap-tiap bulan. Tulis artikel-artikel untuk pelbagai majalah dan akhbar. Walaupun bayarannya kecil tetapi bayaran itu cepat, jadi saudara dapat gunakan untuk perbelanjaan bulanan saudara.

Untuk tahu lebih lanjut, bacaan wajib adalah buku "BUAT DUIT DENGAN MENULIS" (Jeniri Amir, PTS). Baca juga blog mentee kita, ZAMRI Muhamad atau telefon beliau dan berguru dengannya, hp 0192880451. Beliau sentiasa hadir bengkel PTS, ambil kesempatan bersahabat dengannya.

2. Strategi Jangka Masa Sederhana: Tulis buku-buku kecil yang cepat siap. PTS mempunyai banyak program menerbitkan buku-buku kecil. Walaupun harga jualan buku kecil rendah, oleh itu royaltinya kecil, tetapi buku-buku jenis ini dapat disiapkan, sebulan satu buku pun dapat disiapkan.

Hubungi Puan Nor (PTS One), En. Fauzul (PTS Millenia) En. Nazrul (PTS Profesional) En. Faris (PTS Islamica) untuk mengetahui jenis-jenis buku kategori ini yang sudah dikenalpasti dalam rancangan tahunan mereka. Mereka masing-masing akan menerbitkan 150 judul baru pada tahun 2007. Baca laman PTS Millenia jika saudara hendak menulis buku-buku popular.

3. Strategi Jangka Masa Panjang: Tulis buku-buku evergreen. Buku jenis ini mengambil masa lebih lama disiapkan, tetapi hayatnya panjang, oleh itu buku jenis ini adalah harta karun. Tulis satu buku setahun bagi kategori ini.

4. Jikalau saudara mempunyai bakat ilustrasi, PTS memerlukan banyak ilustrasi. Buat baik dengan para pengurus PTS. Kerja-kerja ilustrasi adalah sumber cek-cek kecil tetapi cepat dapat. Jika saudara pandai membuat design cover buku, itu lebih baik. Tahun ini sahaja PTS memerlukan 350 cover buku!

5. Jika saudara mempunyai pengetahuan dan kemahiran lain, saudara bekerja part-time sahaja, jadi freelance, asal ada duit untuk belanja harian. Menulis mesti menjadi pekerjaan fulltime saudara. Jangan terbalik, cari makan jadi kerja fulltime, menulis pula yang jadi pekerjaan part-time.

Untuk mengetahui apa yang sedang dirancang dalam dapur PTS, saudara jalinlah hubungan baik dengan pegawai-pegawai PTS. Hadiri kursus-kursus dan bengkel-bengkel PTS, kerana banyak maklumat hanya didedahkan antara muka dengan muka. Ini namanya memperkenalkan bakat dan perkhidmatan saudara kepada mereka.

Ingat, berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak. Jagung mesti tanam, padi pun mesti tanam! Cek honorarium yang kecil-kecil mesti dicari, cek royalti yang besar-besar pun mesti dicari.




4 Komen :

At 9:58 PM, Blogger ok Berkata ...

saya suka berkongsi ilmu dengan menulis. Tapi dulu tulis blog...tiba2 satu masa, apa guna tulis blog kalau tak boleh buat duit....setakat klik-klik internet...tekan2 butang keyboard...cukup bulan bayar bil streamyx...merugikan.

memang boleh dapat info dari internet...tapi kalau menulis buku...cari sumber di internet..lagi bagus. Sambil layar-layar internet..sambil menulis...Ilmu dapat, boleh kembangkan...duit dapat.

Semoga draf buku yang dihantar dapat diterima dan diterbitkan...:)

 
At 9:35 AM, Blogger Kalamtimur Berkata ...

Saya amat setuju dengan manmocang. Rebut peluang yang ada. Kalau boleh menulis dan menggunakan kemahiran grafik komputer sekaligus dapat membuat duit. Jika ada peluang saya pun hendak mencuba buat ilustrasi cover untuk PTS.

 
At 11:54 PM, Blogger Noraziah Othman Berkata ...

Apakah yang dimaksudkan dengan buku-buku kecil? Saya kurang arif dengan term penulisan ni tetapi amat berminat untuk mengetahuinya.

 
At 5:44 PM, Blogger Maya Berkata ...

Sy berminat dengan menulis dan menterjemah buku. Saya ada menterjemah buku dari bahasa cina-inggeris-malaysia. Tetapi, jarak masa dari satu projek ke projek menulis/menterjemah agak panjang menyebabkan sy sentiasa kekurangan wang belanja harian. Oleh sebab itu, sy menjadikan menulis dan menterjemah sebagai kerja sambilan sahaja. Bagaimana hendak menjadi penulis sepenuh masa.

 

Post a Comment

<< Home