Wednesday, March 15, 2006

Apa dalam daVinci Code

Novel fiksyen sejarah karya Dan Brown "daVinci Code" menjadi bestseller antarabangsa disebabkan pengarang itu mengemukakan suatu teori yang menggemparkan masyarakat Kristian.

Dan Brown mengatakan dalam lukisan Leonardo da Vinci yang bertajuk The Last Supper, terdapat bukti-bukti bahawa sebenarnya Jesus berkahwin dengan seorang pelacur yang bernama Maria Magdalena.

Novel ini mengemukakan banyak perkara yang didakwa oleh Dan Brown sebagai bukti-bukti bagi memperkukuhkan teorinya itu.

Pihak berkuasa gereja Katholik sudah mengeluarkan kenyataan rasmi menolak isi kandungan novel Dan Brown. Malah Dan Brown sedang menghadapi saman mahkamah yang bernilai puluhan juta dolar atas apa yang ditulisnya itu.

Novel Dan Brown itu sudah diterjemahkan di Indonesia oleh penerbit PT Robani dan mendapat sambutan hangat. Edisi terjemahan itu sudah ada yang mengimpot dan menjualnya di Malaysia.

Kita bertanya, apakah hukumnya menyebarkan sebuah buku yang mengandungi ayat-ayat yang memfitnah dan menghina suatu nama 'Jesus' yang ada perkaitan rapat dengan seorang nabi dalam Islam, iaitu Nabi Isa alaihissalam.




1 Komen :

At 7:26 PM, Blogger Unknown Berkata ...

kalau kak terrer cuba selesai 'The Da Vinci Code' nie!!

http://www.randomhouse.com/doubleday/davinci/main.html

 

Post a Comment

<< Home