Biografi: Hakcipta Siapa?
Katakanlah saudara menulis biografi Siti Nurhaliza, dan kemudian biografi itu diterbitkan oleh PTS. Bagimanakah urusan pembayaran royaltinya, yakni, adakah Siti Nurhaliza berhak menuntut sebahagian daripada royalti buku itu?
Hakcipta hanya diberikan kepada ayat-ayat yang saudara tuliskan dalam karya saudara itu. Siapa yang menuliskan ayat-ayat dalam buku itu, dialah yang memiliki hakcipta ke atas ayat-ayat itu.
Apa ertinya ini?
Disebabkan setiap patah ayat dalam biografi Siti Nurhaliza itu saudaralah yang menulisnya, maka Siti Nurhaliza tidak mempunyai hak ke atas hakcipta buku itu. Dengan itu Siti Nurhaliza tidak berhak meminta sebahagian daripada royalti buku tersebut.
Baik, sekarang kita beralih kepada isu lain.
Katakanlah saudara seorang yang terkenal seperti M. Nasir. Pada suatu hari saudara didatangi oleh seorang penulis yang hendak menuliskan biografi saudara. Bagaimana?
Jika saudara bercakap-cakap sahaja dengan penulis itu, di mana dia bertanya dan saudara menjawab pertanyaannya. Kemudian apa yang saudara ceritakan tentang kisah hidup saudara itu dituliskan dalam bukunya. Adakah saudara berhak menuntut hakcipta dan royalti buku itu?
Jawabnya, TIDAK.
Kalau begitu, bagaimanakah caranya supaya saudara boleh mendapatkan hakcipta dan royalti daripada biografi saudara yang ditulis oleh orang lain?
Jawabnya, buat perjanjian bertulis di mana saudara bersetuju menceritakan kisah hidup saudara dengan syarat-syarat yang diperetujui bersama. Selepas perjanjian itu saudara tandatangani barulah saudara boleh mula bercerita kepada penulis itu.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home