Tuesday, May 09, 2006

Pasaran Buku Bahasa Ibunda

Gosip industri mengatakan Pesta Buku Kuala Lumpur yang diadakan oleh syarikat POPULAR pada awal bulan ini di KLCC selama seminggu menghasilkan nilai jualan RM15 juta.


Para pengunjung dikenakan bayaran RM2 tiket masuk dewan pameran, tetapi pada 2 hari terakhir, POPULAR kehabisan tiket sehingga semua dibenarkan masuk percuma.
Syarikat POPULAR adalah milik pelabur Singapura.


Gosip mengatakan, selepas mendapat sambutan luar dugaan itu POPULAR terus menempah dewan pameran KLCC untuk 5 tahun akan datang.


Daripada jumlah itu nilai jualan buku-buku Inggeris dan Melayu tidak sampai RM2 juta. Selainnya adalah jualan buku-buku impot dari negara China, Taiwan dan Hong Kong.


Sebagai perbandingan, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC Mac lalu menghasilkan jualan RM7 juta dalam masa 10 hari. PBAKL menjual buku-buku Inggeris dan Melayu.


Peningkatan jualan buku-buku Melayu dan Cina adalah trend yang amat ketara, meskipun tanpa sokongan dasar-dasar kerajaan.


Pada masa yang sama, sejak sedekad lalu jualan buku-buku Inggeris tidak berkembang, malah menguncup bagi sesetengah kategori. Penguncupan ini berlaku meskipun kerajaan mengadakan kempen belajar bahasa Inggeris dan menghapuskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sains dan matematik.


PBAKL dan Pesta buku POPULAR memberi gambaran jelas trend pembacaan rakyat negara ini, yakni lebih ramai orang Melayu membaca buku Melayu, manakala lebih ramai orang Cina membaca buku Cina.


1 Komen :

At 11:40 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya pernah ke India, saya dapati dinegara yang menggunakan bahasa Inggeris dlm sistem pendidikannya tetapi kedai2 buku mereka lebih banyak menjual buku2 dalam bahasa Hindi dan Tamil.

 

Post a Comment

<< Home