Saturday, October 07, 2006

Buku Poligami

Di Jakarta ada sebuah majalah yang judulnya “Poligami”. Penerbit majalah itu adalah seorang pemilik restoran yang punya 4 orang isteri.


Tidak seperti halnya di sini, di mana isu poligami semacam tidak dibenarkan dijadikan topik perbincangan terbuka, kecuali bagi tujuan mengecam lelaki dan amalan itu, di negara jiran itu pernah diadakan siri diskusi poligami di TV, di mana 2 orang pendukung poligami berdebat dengan 2 orang penentang poligami.


Adakah saudara berminat menulis buku panduan poligami bahagia? Kadungannya adalah tip-tip praktikal untuk kegunaan suami, kegunaan isteri pertama, kegunaan isteri kedua, ketiga dan keempat. (Ini serius!)


Selama ini ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang bercakap tentang poligami hanya mengkritik lelaki-lelaki yang berpoligami yang dikatakan tidak adil.


Buku yang kita cari ini akan mengandungi bab khusus yang menerangkan tip-tip bagaimana setiap orang isteri yang bermadu dapat mengamalkan sikap adil kepada suami dan kepada madu-madunya.



1 Komen :

At 3:17 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Assalamualaikum Puan Sifu,
Saya kerap ke mari kerana diskusi Puan berniat berkongsi bila dihayati menyaji inspirasi.
Poligami hukumnya bukan wajib tidak juga sunat tetapi harus.
Bila harus ia meletakkan atas keperluan apa poligami itu diperlukan oleh suami.
Di negara kita rata-ratanya tidak keseluruhan kekayaan kebendaan telah tertebar secara menyeluruh dengan sekata.
Kekayaan jiwa juga masih perlu dipertikaikan, kekayaan budi pula lantaran cernaan rupa kurang kualiti, janji indah di bibir pahitnya di hati.
Kemiskinan hati kerana rasa silih bertukar ganti itu yang menenggelamkan kebaikan berpoligami.Akan tetapi Puan, natijah dari sistem yang mengatur hidup kita juga menyumbang kesan hingga poligami sesuatu yang dipandang cela...akhlak pengamalnya
(tidak semua)dari bermula saat perancangan hingga berakhir kesudahannya kerap 'memusnahkan'
peribadi dan 'serpihannya' memekar sikap pincang yang mengelirukan, lalu emosional adalah aras yang merendahkan dasar-dasar keharusan berpoligami (ketika perang, isteri tidak mampu oleh sakit, zuriat, nafsu,berdakwah- sebagai contoh).
Sesuatu yang tidak boleh dikecualikan adalah keberangkalian ketepatan kerana jatuh cinta sekali lagi... biasanya inilah yang merundumkan akal dan hati kerana menjadi kewajaran anak-anak tidak peru dilibatkan dengan permasalahan ibu dan bapa namun merekalah yang akan menjadi mangsa.
Mangsa yang miskin jiwa dahaga simpati menagih meminta diperhati hingga menjejaskan keseluruhan keseimbangan perasaan...ada pengalaman saudara saya, dalam tempuh empat tahun sahaja kealpaan ibu dan bapa...telah hampir-hampir menghancur dan meragut
'kesempurnaan'kestabilan fikiran dan jiwa anak-anaknya. Kini dia perlu 'bertatih'semula kerana katanya yang utama adalah dari rasa bersalah itu telah memberi peluang untuknya dan suami berinisiatif untuk tidak mengulangi
kesilapan yang serupa.
Benar juga agaknya, kelemahan kita adalah kerana kerap mengulangi kesilapan yang sama tanpa rela mengakuinya.Andai kata ini terus menjadi kebiasaan tidakkah ia akan mewujudkan akibat-akibat yang tidak adil seperti terbinanya belenggu permusuhan oleh sistem kendalian nafsu sendiri. Dengan kembali kepada realiti perlunya kita memuhasabah diri akan menerbitkan kesedaran terhadap peranan yang mesti dimainkan demi melahirkan iltizam dan istiqamah menghayati ajaran agama Islam secara syumul...seperti apa yang PTS lakukan memandaikan bangsa muslimin juga jika non muslim berminat apa salahnya dibuka media untuk dikongsi idea dan saranan untuk membangunkan ummah, terokai pula lapangan media penyiaran, buat drama, apa sahaja yang niatnya
mendidik... Puan akan meneroka bidang bagaimana melahirkan insan seni yang berjiwa sahih misalnya
untuk peranan suami isteri, benar-benar pelakon itu sah suami dan isteri...membudayakan Islam di dalam seni...apa salahnya...

 

Post a Comment

<< Home