Monday, August 01, 2005

Telur dalam Bakul

Ramai penulis menghantar buku-buku mereka kepada banyak penerbit. Saudara dinasihati jangan lakukan kesilapan itu. Saudara pilih satu penerbit yang saudara dapat percayai, dan terbitkan semua karya saudara dengan penerbit itu. Strategi ini baik untuk saudara dan baik untuk penerbit saudara.

Barangkali saudara mempunyai alasan saudara sendiri mengapa saudara menerbitkan buku-buku saudara dengan banyak penerbit. Barangkali saudara hendak mengurus risiko saudara memandangkan ada pepatah yang berbunyi "Jangan simpan semua telur saudara dalam satu bakul, nanti jika bakul saudara itu jatuh, habis pecah semua telur saudara."

Itu cuma pepatah. Cuba kita bertanya, "Berapa kali bakul telur jatuh?"

PTS mencari penulis-penulis yang berminat menulis dan menerbitkan semua karyanya dengan PTS sahaja.