Menerbitkan Buku Re-make
Dalam perbincangan kita dengan En. Norden Mohamed, Pengurus Besar Alaf21, beliau mengemukakan idea yang bagus, iaitu kemungkinan para pengarang besar negara kita ini membenarkan karya-karya mereka diterbitkan semula dalam edisi 're-make'.
Penerbitan re-make bukan idea baru dalam industri penerbitan filem dan muzik. Semua filem dan lagu-lagu yang pernah mendapat sambutan hangat diterbitkan semula dalam bentuk re-make.
Namun idea ini belum dilakukan dalam dunia sastera Melayu. Di Indonesia sekalipun, karya-karya klasik moden diterbitkan semula persis bentuk lamanya, bukan dalam bentuk edisi re-make.
Adakah pengarang-pengarang kita seperti A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Adibah Amin dan Abdullah Hussain akan setuju jikalau karya-karya mereka diterbitkan semula dalam edisi re-make? Bagimana pula dalam kes pengarang yang sudah meninggal dunia seperti Usman Awang dan Keris Mas? Adakah pewaris hakcipta karya mereka akan membenarkan karya-karya itu diterbitkan semula dalam bentuk re-make?
Kita percaya idea En. Norden Mohamed itu baik untuk dunia sastera Melayu dan industri buku negara kita. Diharapkan para pengarang kita dapat melihat manfaat idea tersebut kepada mereka.
2 Komen :
Sdr Rozz,
Betul kata sdr itu. Kita perlu mencari formula lain bagi re-make karya sastera.
Sdr Ibnurabi,
Terima kasih atas maklumat yang sdr beri tu. Saya ambil perhatian akan hal ini. Saya ada projek re-make lain, iaitu bukan re-make buku-buku sastera Melayu (yang ini biar En. Norden ALAF21 teruskan sebagai projek beliau, sebab memang beliau akan buat projek ini).
Post a Comment
<< Home