Wednesday, March 22, 2006

Pesta Buku: Jangan Kecil Hati

Entri ini ditulis untuk semua penulis PTS

Sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti, jika saudara datang ke booth PTS dan staf bertugas tidak kenal bahawa saudara adalah penulis PTS, jangan berkecil hati.

Terus sahaja beritahu salah seorang petugas yang ada, "Saya En. Fulan, penulis buku itu." Tunjukkan buku saudara yang dipamerkan di rak.

Majoriti yang bertugas di booth adalah staf Jabatan Pemasaran dan Khidmat Pelanggan. Jadi tidak hairan saudara mungkin tidak pernah berkenalan dengan mereka. Mereka sangat seronok apabila penulis sudi datang dan turut memeriahkan booth.

SMS editor saudara sebelum datang ke booth. Editor saudara akan cuba berada di booth pada hari itu bagi menerima kunjungan saudara.


.

2 Komen :

At 2:13 AM, Blogger abdullahjones Berkata ...

Pn. Ainon, jangan lupa Jaafar Taib. Minta jadi. Jika tidak katakan PTS sendiri akan terbitkan GG edisi khas itu. haha.

p/s: kirim salam pada dia. katakan abdullahjones kirim salam. dia tidak kenal saya. dan saya juga tidak kenal dia. cuma mahu dia ingat nama saya. haha.

 
At 5:31 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Srd Jones, ya, ya, saya memang ingat. Besok pagi Jumaat majlis perasmian. InsyaAllah kami yang ada booth akan hadir majlis itu. Setiap tahun kami berjumpa dalam pesta buku.

Tentang kemungkinan PTS yang menerbitkannya, hal itu sudah saya timbang2... isu utama adalah persoalan apakah status pemilikan hakcipta karya-karya itu.

 

Post a Comment

<< Home