Saturday, May 06, 2006

Novel Remaja: Persepakatan antara PTS dan KarnaDia

Salah satu hasil pertemuan penerbit indie lalu, PTS dan KarnaDia sepakat akan bekerjasama menerbitkan lebih banyak novel remaja dengan menggunakan saiz dan rupa wajah yang diselaraskan.


KarnaDia bersetuju akan mefokuskan program penerbitannya pada novel remaja, bukan novel cinta. Matlamat persetujuan ini adalah bagi menerokai pasaran baru yang amat menjanjikan ini dengan lebih agresif dan berkesan.


Dengan strategi persepakatan ini, diyakini PTS dan KarnaDia, secara bersama-sama, dapat menambah jumlah judul novel remaja dengan lebih cepat supaya novel-novel itu dapat meyakinkan pekedai bagi menyediakan rak khas.


Persamaan ukuran dan saiz novel-novel terbitan PTS dan KarnaDia adalah amat penting bagi memastikan petugas di kedai-kedai buku akan meletakkan novel-novel remaja itu dipamerkan di rak yang sama.


3 Komen :

At 9:11 AM, Blogger Queen Latifah Berkata ...

InsyaAllah. Pihak KarnaDya sedang bersiap sedia untuk menerbitkan novel-novel remaja dalam sedikit masa lagi. InsyaAllah, sekitar bulan Jun ini akan ada penerbitan pertama kami.

Terima kasih kepada pihak PTS kerana telah banyak membantu. Kami di KarnaDya menganggap PTS sebagai anak sulung yang sudah matang. Kami adalah anak bongsu yang baru bertatih-tatih.

Puan Ainon,
Pastinya selepas ini, kita akan uruskan hal promosi secara lebih agresif, ya? Kita akan mengajak remaja kita untuk membaca. Targetnya... ialah ibubapa! Kerana ongkosnya datang dari situ!

 
At 6:57 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

TAHNIAH!TAHNIAH!
selamat berjaya...

 
At 12:58 PM, Blogger Kalamtimur Berkata ...

Tahniah diatas kerjasama yang PTS dn KarnaDya.

 

Post a Comment

<< Home