Monday, May 29, 2006

Profesor Israel dan Anak-anak Yayasan Mendaki

Sewaktu berehat di hotel selepas pulang dari pesta buku Singapura, saya menonton berita di TV saluran bahasa Melayu Suria. Ada berita dan gambar-gambar seorang profesor dari Israel, lengkap memakai kupiah Yahudi (warnanya hijau putih!) menjalankan bengkel critical thinking kepada kanak-kanak Melayu peringkat pra-sekolah. Maklumat bahawa profesor itu dari Israel dibacakan oleh penyampai berita.


Saya sangka hebat sangatlah isi kandungan bengkel profesor dari Israel itu. Gambar-gambar yang disiarkan menunjukkan profesor itu menyuruh kanak-kanak dalam bengkelnya itu menyelesaikan masalah menggunakan permainan ala-lego.


Dalam interviu dengan seorang ibu (memakai tudung) yang menemani anaknya, si ibu itu menerangkan lebih kurang begini: “Apabila anak saya salah, dia tidak mengatakan anak saya salah. Dia cuma mengulang semula arahan yang diberikannya sehingga anak saya faham.”


Yayasan Mendaki adalah organisasi yang membantu pembangunan pendidikan dan sosial rakyat Melayu Singapura.



6 Komen :

At 7:58 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 8:04 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon, sebenar-benarnya, apakah kanak-kanak Melayu Singapura itu bukan dilatih supaya semenjak kecil lagi sudah biasa, dan sudah pandai, menerima arahan-arahan daripada orang Yahudi?

 
At 10:08 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon,
Saya sering diingatkan - 1) Hampir kebanyakan ilmu / penemuan dicetuskan oleh ilmuan Islam, 2)Tuntutlah ilmu walau kenegara China, membawa maksud, umat Islam digalakkan mencari ilmu walau dimana sahaja, 3) Aqidah adalah keutamaan yang wajib dipertahankan. Dari ketiga - tiga perkara tersebut, kesimpulan yang saya dapat adalah, suatu KESILAPAN TERBESAR bila kita menyerahkan anak - anak muslim untuk mendapat pelajaran dari mereka yang sememangnya mempunyai AGENDA tersembunyi ! terima kasih dari saya yang dhaif.

 
At 12:17 PM, Blogger Zamri Mohamad Berkata ...

Ini mengingatkan saya kepada Dr Tajuddin Mustapa, pensyarah yang mengajar subjek pemikiran kreatif di UIAM. Dia mengatakan hanya lima negara sahaja yang mempunyai silibus pendidikan pemikiran kreatif di dunia pada peringkat sekolah rendah. Salah satunya Israel, Singapura, US dan dua buah negara Europe lain...

 
At 3:30 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

selamat `mendaki' kepada rakyat singapura

 
At 11:12 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

And dispute ye not with the People of the Book, except with means better (than mere disputation), unless it be with those of them who inflict wrong (and injury): but say, "We believe in the revelation which has come down to us and in that which came down to you; Our Allah and your Allah is one; and it is to Him we bow (in Islam)

 

Post a Comment

<< Home