Thursday, September 07, 2006

Kulit Buku dan Kedai Buku

Entri ini ditulis untuk para designer kulit buku.

Lazimnya apabila designer kulit buku mencipta design kulit buku, mereka melupakan suatu perkara penting, iaitu mengambil kira bagaimana buku itu akan berfungsi dalam kedai buku.

Kulit buku-buku yang disusun dalam kedai hendaklah berfungsi menaikkan seri dan kecantikan kedai itu.

Apabila kedai nampak cantik dari luar, barulah orang yang lalu-lalang di luar kedai itu akan tertarik dan hendak masuk ke dalam kedai dan berjalan-jalan di dalamnya, mula-mula dengan niat menengok-nengok sahaja, tetapi diharapkan akhirnya dia membeli sesuatu yang ada dipamerkan.

Jangan ikut kulit-kulit buku DBP yang muram, malap dan compang-camping itu. Buku-buku DBP, apabila disusun, design dan warna kulit-kulitnya akan memalapkan suasana dalam kedai buku.


.

6 Komen :

At 6:41 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Assalamu'alaikum Puan,
Saya bersetujuu benar dengan entri Puan pada kali ini, entah mengapa sebagai sebuah Badan penerbitan milik Kerajaan, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, malahan DBP, mampu untuk melakukan yang lebih baik dari mana - mana penerbitan, terus - terang selama hampir 10 tahun, saya tidak pernah membeli sebarang bahan terbitan dari DBP, kerana selain dari faktor yang Puan terangkan, saya dapati bahan - bahan terbitan dalam pelbagai jurusan, masih boleh diperolehi dari syarikat penerbitan yang lain, umpamanya PTS sendiri, kerana dari "pandangan pertama" bila kita tidak tertarik, maka susulannya ialah, berkemungkinan besar kita tidak akan membelinya, tetapi adakah pegawai atau "orang besar" DBP tidak mengetahu tentang perkara ini ?

 
At 10:44 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Bersetuju sangat dengan pandangan feroz tu. Kalau tak jatuh hati dengan kulit buku, payahlah hendak mendekatinya. Memang DBP sudah lama ketinggalan. Malah, banyak penerbit besar (swasta) sudah mula ikut trend DBP ini. Mungkin mereka rasa yang mereka sudah kuat, jadi orang beli apa sahaja yang mereka keluarkan. Mereka terlupa yang citarasa pembaca pun mudah berubah. Kulit buku mesti 'up to date' barulah pembaca tertarik.

 
At 10:35 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

saya setuju!!!

 
At 4:53 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

tapi kenapa kulit buku PTS Fortuna malap saja. Nak dtg dekat pun tak selera. Cuba buat warna yg terang2 sikit. Barulah org nampak.

 
At 12:39 PM, Blogger Wan A. Rafar Berkata ...

Betul, kulit buku juga menjadi salah satu pertimbangan saya bila membeli buku. Kulit buku yang tidak menarik, walaupun penulisnya ternama tidak akan menjadi prioriti pembeli.

 
At 10:11 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Anonymous,

Mula-mula saya pun fikir macam saudara, tapi saya tawakal sahajalah, apa saya nak kata, kerana itu adalah konsep kulit yang dicipta oleh Pengarah Kreatif PTS. Rupa-rupanya orang suka kulit-kulit macam itu. Baru 2 minggu sudah masuk repeat order dari kedai-kedai. Ini luar biasa!

Jadi, kalau kita tidak berani mencuba, kita tidak tahu apa yang pembeli suka. Apa yang kita fikir cantik, belum tentu pembeli kata cantik. Entahlah....

 

Post a Comment

<< Home