Friday, December 08, 2006

Menulis Novel Cinta yang Indah

Sastera Islami aliran surah Yusuf menerima genre novel cinta berdasarkan fakta bahawa tema cinta adalah salah satu tema utama dalam surah Yusuf.

Justeru menulis novel cinta dapat menjadi ibadah. Maka, dari sudut pandang teori sastera Islami aliran surah Yusuf, tidak timbul isu apakah genre novel cinta itu layak diterima sebagai sastera ataupun bukan sastera.

Isunya sekarang, apakah ciri-ciri ‘cinta’ yang menjadi unsur keindahan dalam sebuah kisah cinta yang indah berdasarkan sudut pandang Quran.

Ada beberapa unsur cinta yang lain daripada yang lain dalam kisah Nabi Yusuf.

Meskipun Allah sendiri mengatakan bahawa kisah Nabi Yusuf itu adalah kisah yang ‘paling indah’, namun cinta yang diceritakan dalam surah ini lazimnya tidak dianggap cinta yang indah dalam tradisi kisah-kisah cinta konvensional.

Cinta yang berlaku dalam surah Yusuf adalah:

(1) Cinta itu adalah cinta seorang perempuan dewasa yang berhati kejam.

(2) Ia cinta terlarang, cinta seorang isteri curang, cinta seorang ibu angkat ke atas anak angkatnya sendiri.

(3) Ia bukan cinta inosen teruna-dara, bukan cinta tulus suci, bukan cinta penuh pengorbanan.

(4) Ia cinta yang tidak kesampaian, bukan cinta yang berakhir dengan perkahwinan dan kebahagiaan.

(5) Ia cinta yang berubah menjadi dendam, yang klimaksnya adalah penganiayaan yang dilakukan oleh si pecinta ke atas yang dicinta.

(6) Ia kisah seorang teruna mempertahankan kesucian dirinya daripada eksploitasi nafsu seorang perempuan kaya yang ternama, bukan sebaliknya.

(7) Ia kisah perempuan dewasa tergila-gilakan lelaki muda teruna, bukan sebaliknya.

Para penganut teori-teori sastera konvensional akan mengatakan 7 ciri cinta dalam kisah Nabi Yusuf ini adalah bahan-bahan yang hanya layak ditulis oleh pengarang-pengarang novel picisan, novel cabul, alias novel sampah sahaja.

Tujuh ciri cinta pada surah kisah Nabi Yusuf itu akan dikatakan hanya membawa segala macam kerosakan ke atas minda pembaca, justeru tidak selayaknya diiktiraf sebagai cerita yang bermutu sastera.

Namun, begitulah ciri-ciri materi cinta yang diperkisahkan dalam surah Yusuf oleh Allah Taala.

Allah jualah yang lebih mengetahui.

.

.

8 Komen :

At 4:10 PM, Blogger Orlando Bloom Berkata ...

Assalamualikum Puan,

Saya bukanlah seorang sasterawan dan bukan juga seorang ilmuan tetapi saya ingin menegur ulasan Puan berkenaan Surah Yusuf.

Puan, Surah Yusuf bukan diturunkan untuk menghina Zulaikha. Itu pendapat yang salah. Anggapan Puan pada para 1, 2, 3, 4, 5 dan 7 semuanya salah. Hanya para 6 yang boleh diterima.

Tahukah Puan siapa itu Zulaikha? Siapakah suaminya? Suaminya seorang menteri yang mati pucuk, ini pengetahuan barukah bagi Puan? Dan Zulaikha sebagai isteri seorang menteri tahu menjaga maruahnya tetapi Allah memang menjadikan Nabi Yusuf sebagai seorang yang paling kacak di mukabumi ini.

Mudah bagi Puan menepis kerana Puan tidak berada di sisi Nabi Yusuf dan suami Puan boleh memuaskan Puan. Tapi tidak Zulaikha.. kalau dia mahu dia boleh keluar mencari mana-mana lelaki untuk memuaskan nafsunya tapi itu tidak berlaku. Dan sebagai jawapan kepada cerita buruknya yang diumpat keji orang luar ketika itu, beliau telah menjemput beberapa orang wanita yang mengumpatnya untuk memotong buah-buahan dan disuruhnya Nabi Yusuf lalu dihadapan mereka. Demi melihat Nabi Yusuf sahaja mereka telah terpotong jari sendiri dan tidak merasa sakit, terpegun dek keindahan Nabi Yusuf.

Lalu dikatalah oleh Zulaikha "kamu semua baru melihat sekali sudah terpotong jari kamu, bagaimana dengan saya yang melihatnya setiap hari?" Tidakkah waktu ini Zulaikha sudahpun membersihkan namanya dan kalau Puan sendiri berada di sana pasti Puan juga akan memotong jari Puan. Zulaikha tidak berhati kejam. Dia menurut naluri insani lebih lebih lagi dia wanita. Dan dia belum lagi curang. Dia tidak meniduri Nabi Yusuf. Cinta adalah subjektif, kita boleh memaksakan cinta pada suami kita tapi naluri kita hanya kita yang tahu dan Puan salah yang bagaimana Ibu angkat mencintai anak angkat?? Bukankah mereka halal nikah..ini bukan cinta terlarang.

Puan mengatakan cinta Zulaikha tiada pengorbanan, tidak kesampaian, pengainayaan dan dia tergila-gilakan lelaki teruna dan bukan sebaliknya. Saya jawab satu persatu dari yang akhir dulu.

Tidakkah Nabi Muhammad s.a.w mengahwini Siti Khadijah pada usia baginda 25 tahun (seusia Nabi Yusuf) dan Siti Khadijah berusia 40 tahun? Selama berkahwin dengan Siti Khadijah, bagina tidak beristeri lain dan hanya selepas kemangkatan Siti Khadijah barulah baginda berkahwin lain.. lama tu dan ianya perkahwinan yang sangat bahagia. Dan Siti Khadijahlah yang meminang Nabi dan bukan sebaliknya. Soal Siti Khadijah meminang dengan terhormat dan Zulaikha tidak itu soal lain, nanti saya ulas tapi persoalannya, apa salahnya perempuan dewasa tergila-gilakan lelaki muda teruna. Suci sangatkah cinta itu kalau sebaliknya??? Kalau salah maka salahlah apa yang dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w??

Semua orang memikirkan tindakan Zulaikha meminta suaminya memenjarakan Nabi Yusuf sebagai satu pengainyaan. Jawapannya salah. Takdir Allah menentukan bahawa Nabi Yusuf hanya akan ditarbiah di dalam penjara. Seperti mana Allah mentarbiah junjungan kita di Gua Hira'. Tindakan Zulaikha hanyalah untuk membantu dia melupakan Nabi Yusuf.

Jadi selepas itu apa terjadi kepada Zulaikha??? Puan tiada pengetahuan tentang yang ini bukan. Harus minta ampun pada Allah dan Zulaikha. Tapi saya beritahu, selepas Nabi Yusuf dibawa keluar dari rumahnya ke penjara, jiwa Zulaikha bergoncang hebat, separuh dari akal dan hatinya terbang melayang merindukan Yusuf dan kerana tidak tahan menanggung azab perasaan, dia telah meminta diceraikan oleh suaminya Menteri Aziz dan selepas bercerai Zulaikha menjadi wanita jalanan dan gila, dimulutnya hanya menyebut nama Nabi Yusuf sahaja tak henti henti siang dan malam. Kasihan... Puan tak kan mampu melalui keadaan ini.

Oleh kisahnya nabi Yusuf setelah berjaya hidupnya menjadi menteri, pada satu hari telah berjalan-jalan di jalanraya Mesir dan terkejut melihat seorang wanita tua duduk di pinggir jalan memanggil-manggil namanya. Puan boleh bayangkan berapa lama sejak dari di penjara sampai menjadi menteri..dan keadaan Zulaikha begitu.

Bila melihat wanita itu barulah Nabi Yusuf tahu itulah ibu angkatnya Zulaikha yang mencintainya sepenuh hati. Atas perintah Allah, dia mengambil Zulaikha pulang ke rumah, disuruh bersihkan dan dia meminta Zulaikha beriman dengan Allah. Dengan mudah Zulaikha melakukannya dan setelah dipulihkan dirinya maka dengan perintah Allah nabi Yusuf mengahwini Zulaikha. Ketika ini Zulaikha telah dipulihkan Allah kecantikkannya.

Oleh Zulaikha kerana terharu Nabi Yusuf dan Allah menerimanya, telah beribadat siang dan malam mensyukuri nikmat itu sehinggakan disatu ketika, cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf telah pudar diganti cinta Zulaikha kepada Allah. Pada satu malam, nafsu Nabi Yusuf telah memuncak tetapi dilihatnya Zulaikha masih lagi beribadat dengan tekun dan oleh kerana taidak tertahan lagi maka ditariknya baju Zulaikha dari belakang bagi menghalang Zulaikha memulakan ibadat yang baru dan baju itupun koyaklah.

Kejadian ini adalah kifarah atau gantian atas kejadian memalukan oleh Zulaikha kepada nabi Yusuf dulu. Dan berkatalah Nabi Yusuf kepada Zulaikha.." wahai isteriku, Allah telah mentakdirkanku dengan beberapa orang keturunan" barulah lembut hati Zulaikha dan mereka pun bersatu.

Jadi dari mana Puan tahu yang cinta Zulaikha tidak kesampaian? Dan bagaimana Puan tahu yang cinta Zulaikha itu bukan tulus suci dan penuh pengorbanan?

Silalah jawab...wallhualam abis...

 
At 4:19 PM, Blogger Mohd Masri bin Mohd Ramli Berkata ...

aslm wbt

kpd pakcik, dimanakah bukti nabi yusuf as mengahwini zulaikha.

bolehkah pakcik memberikan buktinya dr riwayat yg sahih atau ia hanya kisah israilliat

 
At 10:57 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Lucukan? Wajarkah al-Quran diambil sebagai sebuah karya sastera cinta? Jika begitu, al-Quran juga wajar diambil sebagai sebuah karya sejarah dan mungkin juga, matematik. Contohnya, dalam kisah Nabi Nuh, ALLAH sepatutnya menerangkan tentang jenis kayu yang digunakan untuk membuat kapal tersebut dan seterusnya menyatakan ukuran yang diadakan untuk menampung sekurang-kurangnya beberapa pasangan gajah. Setelah itu, sepatutnya al-Quran perlu ada 'sambungan' cerita dari Bible mengenai Lot (Nabi Luth) yang membuat seks dengan dua orang anak daranya sendiri (incest/sumbang mahram). Sepatutnya al-Quran bukannya satu, tapi perlu berbelas, dan mungkin beribu juta untuk memuatkan berjuta-juta ilmu. Dan sepatutnya ALLAH tidak menjadikan akal, tetapi membiarkan manusia terus-menerus mengikut sahaja tanpa pertimbangan yang waras. Matlamat saya hanya satu, agar puan sedar yang al-Quran diturunkan bukannya untuk membiarkan 'akal' malas, tapi menyediakan beberapa buah cerita untuk dijadikan pengajaran. :-)

Untuk pengetahuan puan, Nabi Muhammad S.A.W berkahwin dengan Siti Khadijah semasa baginda berumur 25tahun ataupun dalam usia muda, bukannya tua. Begitu juga, Siti Aisyah yang dikahwini baginda semasa lebih kurang berumur 19tahun. Selama ini kita hanya berpandukan riwayat Israiliyat yang ada puan cakapkan. Sesungguhnya, memang benar, nasrani & yahudi akan menyerang kita dari pelbagai sudut jika hanya berpegang pada pokok pangkal yang tiada ketahuan.

Laman menarik: al-ahkam.net

 
At 10:06 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

As`kum...

Ada baiknya Puan dengan pakcik tu cari apa yg di maksudkan dengan "Riwayat Israiliyat" tu.

 
At 2:08 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Nama Zulaikha memang popular terutamanya kepada mereka yang bercinta kerana menjadi satu simbol kesetiaan cinta. Beberapa lagu nasyid telah mengabadikan nama Zulaikha dlam lagunya, contohnya Zulaikha oleh Soff-One, Pesona Zulaikha oleh Suhaimi yang telah menduduki no. 1 dalam Carta Nasyid Ikim untuk beberapa minggu dan yang terbarunya ialah Nilai Cinta oleh Firdaus. Kita juga pernah melihat namanya diabadikan dalam doa yang tertulis dalam kad jemputan kahwin, ungkapannya lebih kurang berikut: ".... seperti cinta Adam dan Hawwa, Yusuf dan Zulaikha, Muhammad dan Khadijah...."

Kalaulah kita lihat dalam Al-Quran, tidak ada pula cerita tentang Nabi Yusuf kahwin Zulaikha. Kita tidak dapat juga cari dalam kitab-kitab hadith tentang perkara ini. Kalau sekiranya ada silalah kemukakan walaupun satu hadith yang dhaif kerana yang maudhu' memang sudah pasti tertolak.

Maulana Abul 'Ala al-Maududi adalah merupakan salah seorang pengkaji kitab Yahudi dan Nasrani. Kita seringkali melihat komentar tentang kitab-kitab itu dalam buku tafsirnya "Tafhimul Quran" yang asalnya ditulis dalam Bahasa Urdu dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Dalam tafsir Surah Yusuf, beliau mengatakan bahawa tiada satupun riwayat pun yang boleh dipertanggungjawabkan mengenai kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha melainkan sekadar apa yang diceritakan di dalam al-Quran. Bahkan beliau mengatakan tiada ayat yang secara jelas dalam Bible atau Talmud yang mengatakan Nabi Yusuf telah mengahwini Zulaikha. Yang ada hanyalah ayat berkenaan Nabi Yusuf mengahwini anak kepada raja yang bernama Petaphorah. Tapi inipun belum pasti kerana kedua-dua kitab ini telah diselewengkan. al-Maududi mengatakan kisah itu tidak sesuai dengan seorang Nabi kerana memilih perempuan yang tidak berakhlak.

Kisah cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf pernah dibuat dalam bentuk novel dan skrip drama. Penulisannya dibuat seolah-olah penulis tersebut berada dalam kamar Zulaikha sebelum berlaku peristiwa menarik baju. Zulaikha digambarkan berhias sakan dan memakai baju tipis... Kalau terbaca buku memang rasa nak termun**h. Meloyakan dan cukup sensasi.

Oleh itu dengan apakah kita hendak sandarkan cerita ini? Apa manfaatnya kita sebarkan cerita ini hinggakan ada yang menjadikannya dalil sebagai keharusan bercinta remaja. Sungguh melucukan apabila mereka berpaut kepada ranting yang rapuh bahkan ranting itu tak wujud sama sekali.

Cukuplah sekadar kita ambil manfaat dan pengajaran dari kisah yang dipaparkan dalam al-Quran dan hadith-hadith yang sahih. Tak perlu kita ambil cerita rekaan untuk dijadikan perencah dalam ceramah dan halwa telinga.

Begitulah juga dengan cerita Balqis dan Nabi Sulaiman yang kononnya Nabi Sulaiman telah mengahwini Ratu Balqis. Kita memang suka sesuatu yang sensasi tanpa menilai dari manakah punca riwayat tersebut.

Untuk pengesahan riwayat Israiliyat, sila rujuk: www.al-ahkam.net (Jangan main redah aje!)

 
At 1:25 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

AlQur'an tak boleh disejajarkan dengan novel.sangat tidak pantas puan. Saya yakin Allah firmankan Surat Yusuf buat pelajaran bagi saudara2 manusia sekalian. bahwa tidak sepantasnya qt manusia menuruti hawa nafsu.qt hrs turuti Allah agar qt selamat dunia ahirat. Allah ingin mencontohkan manusia yang berbakti dan ahirnya IA anugrahkan dunia pada Yusuf AS. dan pastinya ahirat.dan Allah mengetahui yg lebih baik bukan..?

 
At 2:39 PM, Blogger Unknown Berkata ...

assalamualaikum,
1. terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. marilah kita berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 kepada kesabaran. kunci kehidupan yang mendapat rahmat tuhan ialah kasih sayang dan hati yang bertaqwa.
2. alquraN INI umpama sungai. ada banyak manafaatnya. untuk minum untuk mandi boleh tangkap ikan. main sampan, ambil pasir, tempat lauan, tempat perdagangan dan 1001. mengikut imam yang empat dan para mujaddid islam alquran ada 70 lapisan. semakin seseorang mendekatkan diri kepada tuhan makin banyak yang dapt disingkap. pengajaran yang kita nak bukan setakat apabila dibaca tapi mesti boleh digunapakai dalam kehidupan di dunia dan akhirat. selagi kita tempoh lima syarat pasti jadi ibadah. niat, perlaksanaan, hasil, syariat semua kerana allah dan tak tinggalkan rukun yang asas. buatlah apa pun isi alquran itu.
4. untuk mentafsir mestilah ada pimpinan guru yang mursyid.
5. dunia umat islam dah tunggang langgang dan hanyir bacin dan hancing akibat perbuatan umat islam sendiri. apa salahnya kita bersatu padu dan membantu apabila ada satu individu atau kelompok yang nak memperbaiki keadaan dengan mengguna pakai ilmu alquran? jangan kita terpedaya dengan pemikiran orientalis kafir, syiah, wahabi, muktazilah, qadariah, jabariah,qadyani, kod19dan lain-lain yang sesat dari ahli sunnah wal jamaah.
6. israiliat tak salah. ada satu hadis soheh. ketika sahabat bertanya tentang israiliat yang dibawa oleh pendita yahudi dan nasrani nabi kata nak percaya boleh tak percaya pun tak apa. tapi bukan versi kristian dan yahudi yang ada sekarang. sama juga ttg makan dhob biawak padang pasir tu, ketika sahabat tanya boleh makan ke tak? nabi tak angguk tak geleng. setengah sahabat makan yang lain dan rasulullah tidak. itu bukan bermakna bila rasulullah tak makan x boleh. diam rasul pun dikira sunnah.
7. adakah emosi kita yang melampau dan x bersetuju dengan orang lain samapi sanggup mempersendakan alquran para nabi dan rasul dan ahli keluarga mereka yang disucikan tuhan? Allah tak perlu buat alquran bersiri. apa yang ada pun manusia tak dapat selami keseluruhannya. makna bacaan pun tak dapat buat huraian melainkan mengikut imam 4 yang muktabar. x mampu nak berijtihad.
8.para keluarga rasul yang bertaqwa juga adalah kekasih allah, oleh itu jangan sesuka hati menjadikan mereka contoh untuk melepaskan geram.
9.pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu melulu, pandangan hati hakiki kerana tempat jatuhnya pandangan allah.
10. ampun maaf. kunci mendapatkan cinta allah ialah kasih sayang sesama manusia.al haqir ilallah

 
At 5:34 PM, Anonymous Je Suis Ahmed Berkata ...

Salam kepada semua ...

Kisah Yusuf-Zulaikha dibentangkan hanya separuh awal sahaja di dalam AlQuran. Saya berpendapat ianya disengajakan oleh Allah agar separuh akhir dari kisah ini akan disambung melalui riwayat secara lisan oleh Tukang Cerita.

Saya juga pernah dengar kisah yang sama seperti "Pakcik" tulis itu dari seorang Sufi berstatus gila atau "majdhub" di Pulau Pinang.

Say fikir kisah tersebut sangat tinggi nilai seni.

 

Post a Comment

<< Home