Wednesday, May 24, 2006

Pesanan dari MIMOS & PTS


OpenOffice adalah sofwer percuma yang HALAL. Download di sini MIMOS BHD.


.

25 Komen :

At 5:55 PM, Blogger lutfi Berkata ...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 2:18 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Betul Puan, yang halal membawa berkat. Berkat dan nikmat. Ofis sayapun gunakan Open Office, tapi rasanya sebab nak jimat. Tak perlu bayar lesen, kan?

 
At 5:10 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Cactus, ya, saya setuju, halal membawa berkat.

Dalam kes OpenSource, bukan sahaja ia halal, PERCUMA pula. Kita perlu didik orang awam supaya jangan lagi menulis buku menggunakan sofwer cetakrompak, sebab apa-apa bayaran yang diterima daripada buku itu diragui status halalnya, sebab alat yang digunakan itu haram, yakni alat curi.

Sekarang sudah ada OpenOffice, kita hijrahlah, dari yang batil kepada yang berkat. Amin.

 
At 3:09 PM, Blogger vrempire Berkata ...

Saya setuju puan. Actually, dia punya Operating System yang digunakan pun sepatutnya kena Ori. Kalau ada duit boleh la beli Windows XP yang herga around RM300-RM600. Sedangkan handphone harga lebih RM1000 pon ramai mampu beli.
Yang penting berkat...

Sebenarnya, ramai kat Malaysia yang buat tak kisah dgn software original ni, sebab tahap respect/kesedaran kita kepada intellectual property masih rendah. Saya rasa Puan boleh buka satu topik mengenai "Keberkatan Software Original dan apa solution lain yang ada kalau tak mampu". Err..Sekadar cadangan jer Puan
:D

 
At 5:16 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Vrempire, saya setuju sangat dengan saudara. Betul benar kata-kata saudara itu.

Tentang solutions kepada isu sofwer original, saya ni bodoh bab hal-hal teknikal, jadi saya tak tahu apa nak tulis, al-maklum, saya orang tua, hal-hal komputer ni, mmm.... Tentang bab bahagian keberkatannya tu bolehlah saya tulis....

 
At 7:36 PM, Blogger rastom Berkata ...

puan ainon, vrempire,:<>
saya ada sikit pandangan, agak panjang lebar, di blog saya. nanti saya tulis selepas minum kahva.

 
At 8:10 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Tuan Rastom, terima kasih, minumlah kahwa tu dulu... saya suka teh Cina.

 
At 11:04 AM, Blogger Andin Salleh Berkata ...

Hari ini saya ke kedai buku UKM untuk melihat-lihat buku baru dan majalah Indonesia (khasnya TEMPO dan GATRA)

Terlihat PTS ada rak tersendiri dan bukunya pun banyak. Tahniah!

Saya melihat-lihat buku keluaran Mizan yang terselit di celah buku PTS. Nampaknya masih sedikit dan tidak ada yang baru.Tak bolehkah yang di kedai buku UM tu sebahagiannya di pindagkan ke UKM?

 
At 11:45 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Harat,

Saya sudah sampaikan komplen sdr kepada pengurus pemasaran PTS.

Ini emel beliau zaharin@pts.com.my

 
At 5:12 PM, Blogger sinaganaga Berkata ...

sofwer? Bukan 'perisian' ke?

 
At 7:21 PM, Blogger rastom Berkata ...

saya ikut sifu kata sofwer, saya pun sofwer juga.

 
At 7:30 PM, Blogger vrempire Berkata ...

cerita pasal software ni, sejak dari internet boom sampai sekarang, tak pernah abis-abis isu open source dan proprietary...

pada saya, benda ni macam isu air.
kalau nak minum air free, boleh pergi tepi sungai, boleh minum sepuas-puas hati. kalau nak air mineral, keluarkan la duit sikit.
Dua-dua pun air jugak kan?
Apa bezanya? :D

 
At 8:13 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sahabat seperjuangan saya Sdr Vrempire, banyaklah bezanya air sungai dan air mineral.... yang satu walaupun free HALAL, yang satu lagi, kalau curi, tak payah bayar apa-apa, free tapi HARAM... Jadi kita pilihlah yang halal, tapi ramai yang suka guna terus sofwer curi... sebab malas nak download.... ni penyakit malas.... jangan dibuat-buat, penyakit yang ini boleh tarik kita masuk ke dalam tempat yang kita tak mahu masuk.... Kita kena kempen ramai-ramai benda ni, Sdr Vrempire, kalau tidak kita pun besok ditanya, kenapa tak beritahu orang ramai, kita dah nampak orang buat yang batil, kita diam saja.....

 
At 8:15 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sahabat saya En. Naga, 'sofwer' tu Bahasa Indonesia.... bisa pak!

 
At 8:43 AM, Blogger vrempire Berkata ...

saya setuju pandangan puan. memang tepat sekali...
spt citer air sungai yang free. Jika air sungai yang terletak di atas bukit spt di Bukit Larut, insya-Allah ianya bagus dan baik utk kesihatan (cam OpenOffice). Kalau air sungai yang dah bercampur dgn air longkang/industri, ianya bak software percuma yang ada malware dan spyware di dalamnya. Bergantung kepada kebijaksanaan kita yang mana yang kita patut pilih dan guna.

Saya punya plan setakat ni, jika utk Operating System, saya akan pakai Windows XP original (license). nak pakai Linux, boleh terhegeh-hegeh saya nanti..ilmu tak dalam nak pakai..hehe. utk perisian pejabat, pakai OpenOffice. utk graphic, mungkin pakai GIMP (freeware). Jika mampu, baru saya akan beralih ke Adobe.

Bukan apa, takut nanti bila kat Akhirat nanti, jika pakai yg pirate, nanti programmer-programmer yang bersengkang mata 24 jam buat coding tu cari saya balik dan tuntut hutang diorg dengan saya...

 
At 9:02 AM, Blogger Khalid Jaafar Berkata ...

Benda-benda yang mubah ini jangan sebut halal haramlah.

 
At 7:28 PM, Blogger Romantis Selatan Berkata ...

ya! hidupkan opensource. ada sebuah negara di mana semua pejabat kerajaannya menggunakan opensource telah berjaya menjimatkan berbilion ringgit. Malaysia patut cuba ke arah itu.

 
At 7:30 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

vrempire,

guna dulu, dapat duit nanti beli yg ori. Malaysia bukan negara yg senang dapat pinjaman bank.

Maaflah, dlm sesetengah benda, tiada versi open source yg sama level.

 
At 2:25 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks Berkata ...

kau kerja bahagian promosi ker?

 
At 7:09 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

semut, kau cakap dengan siapa?

Tak, saya bukan kerja promosi yg jual perisian ori, cuma kepada sesiapa yg belajar 3d studio max kat kolej, kalau cari software free yg sama power, memang susah. software tu sudah dibina sebelum 1990 lagi (rasa-rasanya). tapi 1994 dah ada v4 (yg DOS punya).

 
At 2:56 PM, Blogger FM Berkata ...

Hmmm dah lama baru saya sedar perkara ni. Pautan yang diberi menghala ke laman MIMOS. Tetapi sejak kebelakangan ini MIMOS tidak lagi aktif dengan OpenOffice. Di laman itu hanya disertakan versi 1.1.4. Versi terkini (2.0.2) mempunyai lebih banyak fungsi dan bolehlah menyamai keperluan biasa pengguna MS Word. Adalah lebih afdal jika dibuat pautan terus ke OpenOffice.org.

 
At 10:33 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Faisal Muthalib, dalam OpenOffice MIMOS ada dibekalkan spellchecker Melayu yang dibina secara bersama oleh PTS-MIMOS. Bermanfaat bagi penulis, penterjemah dan editor.

 
At 1:26 AM, Blogger Pakcik. Berkata ...

Assalamualikum Pn. Ainon . Saya teringin Menjadi penulis dan pengedar buku apa harus saya lakukan

Anak Bugis

 
At 2:39 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

En. Pakcik, Alaikumussalam.

Mohon hubungi En. Zaharin Zain, Pengurus Pemasaran PTS pd alamat zaharin@pts.com.my

 
At 10:27 PM, Blogger dhuat79 Berkata ...

Assalamualaikum.

Kenapa tarikh tulisan entry ini pada tarikh 31 Disember 2006.

Puan Ainon menjangkaui kami ya?

Atau Puan Ainon ada blog terkini?

Maklumkan kepada saya.

Terima kasih.

 

Post a Comment

<< Home