Terbit Buku Sendiri
Berkali-kali kita ditanya berapa modal bagi memulakan bisnes penerbitan.
Beginilah....
Ada bisnes dapat dibuka dengan modal sekecil RM10 ribu, kemudian bisnes itu boleh dibesarkan hari demi hari. Bisnes membuka saloon rambut dan membuat kicap termasuk dalam bisnes jenis ini.
Ada bisnes tidak boleh dibuka dengan modal RM10 ribu. Dari awal modalnya mesti besar. Bisnes membuka hotel termasuk dalam kategori ini. Kita tidak boleh membuka bisnes hotel dengan membuat 3 buah bilik sahaja, dengan rancangan bilik-bilik baru akan ditambah lagi dari waktu ke waktu. Maknanya, dari awal hotel mesti dibuat dengan banyak bilik.
Bisnes menerbitkan buku termasuk dalam kategori modal besar.
.

1 Komen :
pertimbangan ini lebih kepada :common sense: dan dalam bab ekonomi ada :comparative advantage:.....masalahnya rakyat Malaysia diajar oleh "role model" politik yang mengajar kita berfikir besar tanpa menggunakan otak. Ambil contoh industri motor/kereta nasional. Negara ASEAN atau blok dunia ketiga lain bukannya tidak mampu mengeluarkan kereta sendiri (Indonesia, India, Taiwan dsb) tetapi memandangkan faktor modal vs pulangan, mereka bijak memilih untuk tidak mengeluarkan kereta sendiri kerana mengimport lebih murah dan tidak membebankan rakyat.
Bisnes itu satu pakej yang mengandungi "khidmat/amal/kebajikan/penambahan-nilai" malangnya ada orang berduit yang utamakan ego dalam memulakan sesuatu bisnes.
Post a Comment
<< Home