Friday, May 19, 2006

Novel dan Lelaki

Mengikut suatu laporan dari Amerika hanya 20% pembaca novel adalah lelaki, dan ini mendorong para penerbit novel di sana menerbitkan novel dengan mengambil kira bahawa 80% pembeli novel adalah perempuan.

Barangkali di Malaysia jumlah lelaki yang membaca novel lebih rendah daripada 20% disebabkan oleh 2 faktor:

1. Novel untuk lelaki tidak banyak diterbitkan.

2. Hampir semua judul novel yang ada dalam kedai buku adalah novel untuk pasaran perempuan, yakni novel cinta.

Data jualan judul-judul PTS menunjukkan buku-buku bisnes PTS sudah masuk senarai TOP 10 di sesetengah outlet rangkaian kedai buku elit, dengan jumlah unit jualan mengatasi judul Inggeris bagi topik yang serupa.

Ini menggambarkan fenomena global, di mana lelaki membaca buku-buku yang berkaitan dengan kerjaya dan wang.


.

3 Komen :

At 2:18 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon, membaca novel sastera membuang masa, memberatkan kepala, dan tak mendatangkan duit!

 
At 5:12 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya membaca apa sahaja bahan bacaan, samada ilmiah, separa ilmiah, hatta NOVEL juga saya baca, kerana ada ketikanya kita perlu bersantai, diwaktu itulah NOVEL menjadi teman setia ...buat pengetahuan Puan, saya adalah bapa kepada lima orang anak yang telah besar ... ada ketikanya saya baca novel di tempat awam sementara menunggu tren, bas dsbnya, ataupun di hospital bila sahaja ada masa terluang ...

 
At 5:36 PM, Blogger Faisal Nordin Berkata ...

untuk berkarya kita kena nikmati karya orang lain sebelum dan selepas berkarya agar kita tidak syok sendiri :)

 

Post a Comment

<< Home