Memotong Dialog Panjang: Teknik Surah Yusuf
Surah Yusuf terdiri daripada 111 ayat. Daripada jumlah itu 97 ayat adalah ayat cerita, manakala selebihnya adalah ayat-ayat pembukaan dan penutup surah. Daripada 97 ayat cerita itu 86 ayat mengandungi dialog.
Daripada 86 dialog itu, 50% adalah dialog yang terdiri daripada sepotong ayat sahaja. Ini menunjukkan menggunakan banyak dialog yang singkat adalah ciri keindahan, manakala menggunakan dialog yang panjang-panjang adalah ciri kecacatan.
Dalam surah Yusuf, terdapat contoh bagaimana dialog yang panjang dipotong dan dijadikan 2 dialog, sebagaimana dalam contoh-contoh di bawah.
(a) Dialog dalam ayat 5 dan ayat 6 adalah satu dialog yang dipotong menjadi 2 ayat:
Bapanya berkata, “Wahai anakku, janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada abang-abangmu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Yusuf, ayat 5) “Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu taabir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmatnya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub, sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu, Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu maha mengetahui, lagi maha bijaksana.” (Yusuf, ayat 6)
(b) Dialog dalam ayat 26 dan ayat 27 adalah satu dialog yang dipotong menjadi 2 ayat:
Yusuf pula berkata, “Dialah yang memujukku.” Seorang ahli keluarga perempuan itu tampil dan berkata, “Jika baju Yusuf koyak di depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan jadilah Yusuf orang yang berdusta. (Yusuf, ayat 26) “Dan jika bajunya koyak di belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah orang yang benar.” (Yusuf, ayat 27)
(c) Dialog dalam ayat 28 dan ayat 29 adalah satu dialog yang dipotong menjadi 2 ayat: