Monday, May 08, 2006

Dato' Johan Jaaffar

Dato' Johan Jaaffar rasmi menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka yang baru, menggantikan Tan Sri Kamarul Arifin yang tamat kontraknya.

Dato' Johan adalah kelahiran Johor, pernah bertugas sebagai pegawai DBP, sebelum beliau dilantik menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu. Tidak lama selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Dr. Mahathir, Dato' Johan termasuk antara 5 orang tokoh media yang ikut dipecat kerana dianggap 'Orang Anwar'.

Kita tunggu dan lihat apakah regu antara Dato' Johan dengan Dato' Dr. Firdaus Abadullah dapat menyuntik motivasi kerja baru kepada lengan kakitangan DBP yang sudah hilang arah perjuangan.

.

3 Komen :

At 12:32 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Laman web DBP sudah berubah, tetapi isi/content majalah jarang di kemaskini. Seringkali kecewa utk mengikuti edisi terbaru D Sastera untuk bacaan, masih yang lama.

 
At 8:06 PM, Blogger sinaganaga Berkata ...

Melepas lagi ler 'kawe kito' yang berangan2 nak jadi Ketua Pengarah tu...
Ha ha.

 
At 2:03 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Naga, kita berdua mantan DBP, kita sama sekelab dengan Dato' Johan. Dulu, selepas dipecat dari Utusan, Dato' Johan menerangkan dirinya sebagai "polong tak bertuan" - di mana ada polong tak bertuan, di situ satu kampung diganggunya!

Sekarang kampung halaman DBP sudah dimasuki polong tak bertuan. Siap kamu!

Saya meramalkan Dato' Johan tidak akan puas hati kalau setakat jadi Pengerusi DBP yang pasif, yang digunakan hanya apabila DBP terlibat dengan acara-acaraan dan pesta-pestaan sahaja.

 

Post a Comment

<< Home