Monday, May 15, 2006

Surah Yusuf: Sedikit Catatan

Surah Yusuf diterima oleh Nabi Muhammad di bandar Mekah, tempat di mana beliau dilahirkan, yakni sebelum beliau berpindah ke kota Madinah, di mana beliau menetap di sana sehingga meninggal dunia.


Keluarga Nabi Yusuf adalah bangsa Yahudi dan tinggal di Palestin. Beliau adalah anak bongsu kepada Nabi Yaakub dan cicit Nabi Ibrahim. Apabila beliau dicampakkan ke dalam telaga oleh abang-abangnya, dan kemudian dikutip oleh pedagang, beliau dibawa ke Mesir dan di sana dijual sebagai hamba, di mana selanjutnya kisah hidup beliau berlaku di Mesir.


Menurut pakar sejarah yang bernama Ibnu Abbas, pada suatu hari beberapa orang sahabat Nabi Muhammad datang menemui beliau dan meminta supaya menceritakan sesuatu yang memberi pengajaran, lalu Tuhan menurunkan ayat-ayat yang mengandungi kisah hidup Nabi Yusuf.


Menurut pakar sejarah yang bernama Al-Baihaqi pula, pada suatu masa sekumpulan orang Yahudi masuk Islam selepas mereka mendengar surah Yusuf ini disebabkan kandungannya sesuai dengan cerita-cerita yang mereka ketahui daripada nenek moyang mereka. Nabi Muhammad pula tidak tahu menahu tentang kisah Nabi Yusuf sehinggalah surah ini diturunkan.


Ada pendapat pakar yang mengatakan surah Yusuf adalah antara surah yang diturunkan bagi menghiburkan Nabi Muhammad yang sedang berduka selepas Khadijah meninggal dunia. Justeru, ada ulamak yang berpendapat, surah ini, apabila dibaca dapat menghiburkan hati yang sedang bersedih.


Ada laporan yang mengatakan Cat Stevens timbul minatnya terhadap Islam selepas beliau membaca terjemahan surah Yusuf, maka sempena peristiwa itulah beliau mengambil nama Islamnya, Yusuf Islam.


Di kalangan orang Melayu pula, ada yang menggalakkan ibu-ibu yang hamil supaya membaca surah Yusuf bagi mendapatkan anak yang cantik! Tuhanlah yang maha tahu.


Kita di PTS menggunakan teknik-teknik penulisan yang digali daripada analisis struktural surah Yusuf sebagai panduan menulis karya kreatif.



5 Komen :

At 12:12 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Mengenai Yusuf Islam, selama hampir setahun lebih saya menjadi pengurus beliau di negara Teluk, berpusat di Dubai. Beliau ada juga bercerita mengenai prosess beliau menjadi Islam. Kalau tidak silap dia berminat dengan nama Yusuf bermula dengan Joseph dalam bible.

 
At 12:54 PM, Blogger Latiptalib Berkata ...

Sdr Fudzail,

Berikut adalah petikan wawancara Yusuf Islam dengan sebuah majalah yang tersiar dalam akhbar Berita Minggu 19 mac 2006.

Soalan: mengapa nama Yusuf dan bukan nama lain?.

Jawapan: selepas memeluk islam tekad saya satu- membuang kenangan insan bernama cat steven. sebagai muslim saya memerlukan nama baru. memandangkan surah yang paling saya suka dalam al Quran ialah surah Yusuf itulah juga nama yang saya abadikan.

menurutnya lagi, pertama kali membuka al Quran dia terbuka surah yusuf dan menangis apabila membacanya...

 
At 3:31 PM, Blogger cenderawasih Berkata ...

wah, maklumat baru dari fudzail

 
At 3:32 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Dalam salah satu perbualan biasa dengan Yusuf Islam, ada memberitahu, beliau menyedari yang Yusuf A.S. adalah sama dengan Joseph dalam Bible kemudiannya. Yusuf kini berada di Dubai, mungkin bertemu beliau untuk mendapatkan album barunya.

 
At 12:25 AM, Blogger Najwa Aiman Berkata ...

pengalaman sendiri tentang surah Yusuf: sebutan perkataan/ayat dalam surah ini komplikated sikit bagi lidah saya (lidah saya sorang saja kot?) berbanding surah lain.

 

Post a Comment

<< Home