Saturday, May 20, 2006

Saya Hadir Bengkel Fiksyen Sejarah

Mulai petang ini Yayasan Warisan Johor mengadakan Bengkel Novel Sejarah sebagai persediaan penganjuran Sayembara Novel Sejarah yang akan diumumkan tidak lama lagi. Hadiah pertama RM35k, kedua RM20k, ketiga RM10k, 3 saguhati RM5k setiap satu. Keterangan lanjut: Baca dalam komen.

Blog ini tidak di-update hingga malam Isnin.

Kepada mentee-mentee yang baru menghantar kerja, minta bersabar. Kepala saya masih berat.

.
.

6 Komen :

At 9:46 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Bengkel Penulisan novel Sejarah

Anjuran: Yayasan Warisan Johor
Tempat: Puteri Resort Melaka
Tarikh 21-23 Julai 2006
Bayaran: RM50 pelajar; RM100.00 bukan pelajar.

Semoga melalui bengkel peserta Sayembara Novel Sejarah Johor nanti akan lebih memahami konsep yang diperlukan. Sayembara ini akan dilancarkan sedikit masa lagi.

Hadiahnya lumayan:
Pertama:RM35,000.00
Kedua:RM20,000.00
Ketiga: RM10,000.00
3 saguhati: RM5,000.00 setiap satu

Keterangan lanjut daripada:
Urus Setia
Bengkel Penulisan Novel Sejarah Johor,
Bahagian Persuratan dan Sejarah
Yayasan Warisan Johor
JKR303, Jalan Mariamah
80100 Johor Bahru.

(U.P.: Cik Zetty Raihan Hj. Mohd. Yassin)
Tel: 07-2263269/2245488/2213148
faks: 07-2219237

emel: zettyraihan@yahoo.com

 
At 5:16 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Saya akan menghadiri bengkel ini sebagai peserta. Saya akan mengambil kesempatan itu untuk belajar penulisan novel sejarah dan berkenalan dengan para penulis yang hadir kerana saya berminat menerbitkan novel-novel sejarah. Sambil menyelam, minum air, sekali dengan mencari mutiara!

 
At 3:41 PM, Blogger Latiptalib Berkata ...

saya pun telah mendaftarkan diri untuk menghadirinya kerana ingin menimba ilmu pengetahuan.

 
At 12:31 AM, Blogger Romantis Selatan Berkata ...

Sayang seribu kali sayang, tarikh tersebut sekali lagi tidak memihak kepada saya.

Betul-betul ada kelas matematik sekitar tarikh tersebut.

Matematik-matematik sekalian...

Mahu cepat tamatkan semua ini..

 
At 11:03 AM, Blogger A. Jazmin Berkata ...

Nak ikut juga pada 21 dan 22 Julai, tapi ada kelas (belajar lagi). Kelas-kelas penting, ada pensyarah jemputan pula. Nanti Puan Ainon akan adakan kelas percuma ;) bagi mencurahkan ilmu yang Puan dapat dalam kelas di Al-Ikhlas ... kalau saya tak dapat pergi, nanti saya 'paksa' adik jadi wakil. Nak cari ilmu pun kena hantar wakil, jangan marah, Puan.
Makin dewasa makin banyak tanggungjawab, lainlah kalau saya letak jawatan dan jadi penulis bebas. Bebaslah ke mana sahaja (dengan Izin Tuhan).
Selamat berbengkel.

Salam.

 
At 11:29 AM, Blogger Imran Yusuf Berkata ...

Assalamu'alaikum Puan Ainon, Dapat berita dari Engku Zee yang Puan demam, jadi saya harap puan cepat sembuh supaya dapat hadir di bengkel tersebut. Nanti dapat lah kami hadir di bengkel yang puan adakan selepas kembali dari bengkel di selatan itu...Wassalam.
(alang bidara - 21/7/2006) blog: httpw://alangbidara2.blogspot.com

 

Post a Comment

<< Home