Apabila Pengarang Bercerai
Adakah anda seorang pengarang? Berapa ribukah pendapatan saudara daripada royalti buku-buku saudara?
Karya-karya saudara adalah harta. Cuma nama harta itu adalah HARTA INTELEKTUAL. Manakala harta-harta lain seperti tanah, rumah dan kereta disebut dengan istilah 'harta' sahaja.
Harta intelektual tetap harta.
Apabila seseorang itu mengarang buku-bukunya semasa dia sedang berkahwin dengan pasangannya, maka karya-karya itu bertaraf harta sepencarian juga.
Jangan terkejut: Pendapatan royalti daripada karya-karya saudara itu boleh dimasukkan ke dalam tuntutan pembahagian harta sepencarian yang dikemukakan oleh pasangan saudara.
Jadi, kalau tak mahu berkongsi royalti setiap tahun dengan bekas pasangan, jaga hati pasangan saudara baik-baik, jangan bercerai-berai!
0 Komen :
Post a Comment
<< Home