Fokus, Fokus, Fokus
Saudara mesti menulis buku-buku yang temanya berfokus. Jika saudara hendak mendapat royalti tinggi daripada buku-buku saudara, pilih satu tema, dan tulis buku-buku dalam tema itu sahaja.
Apa sekalipun tema yang saudara pilih, bidang itu ada peminatnya sendiri. Buku-buku seni pertahanan diri mempunyai peminatnya sendiri. Begitu juga buku-buku sukan ataupun cerita-cerita perang. Masuklah ke dalam sesuatu bidang itu dan jadilah penulis terkenal dalam bidang itu sahaja.
Lihat bagaimana Sdr. Ahmad Fadzli Yusof menghasilkan buku-buku 'resipi kejayaan'nya. Lihat bagaimana Sdr. Ahmad Naim Jaafar menerbitkan buku-buku pembangunan 'karisma'nya. Kedua-dua penulis muda ini adalah peguam. Dalam waktu yang singkat mereka sudah mempunyai ramai peminat bagi tema yang mereka tekuni.
Jumlah peminat mempunyai kaitan langsung dengan jumlah royalti yang saudara terima. Lebih ramai peminat, lebih tinggi royalti.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home