Tuesday, August 02, 2005

Potongan Naskhah Promosi

Cuba saudara baca huruf-huruf halus yang tercetak dalam kertas dokumen perjanjian penerbitan saudara. Berapakah jumlah naskhah yang dipotong bagi tujuan promosi buku saudara itu? 100 naskhah? 200 naskhah? 300 naskhah?

Kebanyakan penerbit tidak memberitahu penulis bahawa sekian jumlah bukunya dipotong bagi jumlah promosi. Jumlah itu terus ditulis dalam dokumen perjanjian penerbitan. Para penulis pula tidak ambil pusing hendak mengetahui apa yang dicetak dalam dokumen itu.

Ada penerbit memotong sehingga 200 naskhah, manakala ada penerbit memotong 100 naskhah.