Monday, March 27, 2006

4 Novel RM10 pun Tidak Susut

Syarikat Fajar adalah pengedar novel-novel Melayu terbesar di negara ini. Di gerai syarikat itu ada dibuat tawaran jualan habis-habisan bagi novel-novel stok lama.

Pada waktu pagi novel-novel Ahadiat Akasyah ditawarkan pada harga RM10 bagi 3 judul, pilih mana suka.

Pada waktu petang tawaran itu dinaikkan kepada RM10 bagi 4 judul, pilih mana suka.

Sehingga jam 5 petang, longgokan novel-novel itu masih tidak susut!

15 tahun lalu Ahadiat Akasyah adalah penulis novel Melayu paling laris, sekaligus paling kaya. Beliau adalah penerbit indie yang amat berjaya dengan menerbitkan karya-karyanya sendiri, lama mendahului langkah serupa yang diambil oleh Norhayati Berahim, Fauziah Ashari, Aina Emir, dan Shamsiah Mohd. Nor.


.

3 Komen :

At 10:45 AM, Blogger afna-z Berkata ...

saya ingin dapatkan buku `Seni Mengarang Moden`-dari booth Puan..mungkin ada?

 
At 1:18 AM, Blogger el-Maaniq Berkata ...

maknanya orang beli cerita, bukan beli kertas!

kalau cerita bagus, kertasnya terjual sekali. kalau cerita tak bagus, orang cuma beli kertas.

 
At 12:55 AM, Blogger Panaharjuna Berkata ...

kata-kata el maniq ni la yang menyebabkan saya terfikir untuk menjadi penulis dalam talian. err tapi camner pulak cara bayarannya ya?

 

Post a Comment

<< Home