Thursday, March 23, 2006

Tip Menjadi Selebriti Buku

Sempena Pesta Buku, para penerbit mengambil kesempatan memperkenalkan penulis masing-masing kepada pengunjung gerai.

Ramai peminat memang datang ke pesta sambil mengharapkan mereka berpeluang berjumpa dengan penulis kegemaran mereka.

Berikut adalah beberapa tip untuk saudara yang akan berada di booth penerbit saudara:

(a) Sudah menjadi fitrah manusia bahawa mereka percaya orang yang mereka minati dan kagumi mempunyai ciri-ciri yang positif pada penampilan dan personaliti. Jadi tampillah dengan pakaian yang smart dan wajah yang manis dan mesra supaya pertemuan itu meninggalkan kesan positif yang berkekalan pada peminat. Pastikan pakaian saudara bergosok, walaupun saudara seorang seniman komik dan kartun.

(b) Apabila diminta autograf, turunkan tandatangan saudara, walaupun pada buku orang lain, ataupun pada belakang bajunya. Katakan “Terima kasih!” sewaktu mengembalikan pen peminat itu.

(c) Apabila diajak ambil gambar, terus sahaja bersetuju. Selesai ambil gambar, katakan “Terima kasih!” dan bersalamanlah. Inilah sebabnya saudara perlu berpakaian smart, gambar saudara itu berharga kepada peminat.

(d) Jika saudara banyak buku, jika ditanya oleh peminat, buku yang mana dia patut beli, pilihkan judul yang sesuai dengan peminat itu dan terangkan rasionalnya. Ramai peminat mempunyai duit terhad oleh itu tidak mampu membeli semua buku saudara.

(e) Jika staf petugas booth yang memperkenalkan saudara kepada pengunjung, hulurkan tangan saudara kepada peminat, sebelum peminat menghulurkan tangannya kepada saudara. Mereka akan mendapat kesan saudara seorang pengarang yang ramah dan mesra dengan peminat.

Tip-tip ini adalah sebahagian daripada seni mempromosi personaliti saudara dan buku-buku karangan saudara.

Selamat bertemu peminat-peminat saudara!



3 Komen :

At 11:34 AM, Blogger Panaharjuna Berkata ...

Baiklah puan. Saya akan cuba datang. Insyaallah, mungkin hari kedua atau ketiga. Rumah baru kena rompak. hahahaha risu juga kalau di rompak masa pesta buku!

 
At 11:53 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Ya Allah! Sdr. Panah, laptop buruk sdr tu turut diambil perompakkah?

 
At 7:42 PM, Blogger jiGOMorrison Berkata ...

Dulu saya pernah dapatkan tandatangan arwah Pak Jab di buku teks tambahan. Malu juga nak hulur, tapi dia tandatangan dengan tersenyum.
:)

 

Post a Comment

<< Home