Wednesday, March 22, 2006

Dato' Johan Jaaffar dan DBP

Ini satu lagi gosip:

Tempoh perkhidmatan pengerusi lembaga pengarah DBP, Tan Sri Kamarul Arifin, katanya sudah tamat dan belum diperpanjangkan sehingga hari ini.

Sementara menteri pelajaran masih belum menentukan siapa yang bakal menjadi pengerusi baru, timbalan pengerusi, yakni Dato' Johan Jaaffar, memangku tugas-tugas itu.

Dalam kolum beliau di Berita Minggu minggu lalu, Dato' Johan menyebut bahawa sepanjang tahun 2004 DBP hanya berjaya menerbitkan 265 judul buku sahaja.

Seingat kita, semasa Dato' JJ masih bertugas di DBP dahulu, yakni sebelum penswastaan DBP-Dawama, DBP menerbitkan sekitar 1000 judul setahun!

Suatu ayat menarik dalam kolum Dato JJ itu, beliau merayu kepada penerbit-penerbit kecil supaya, "Jangan tinggalkan DBP sendirian...."

Kepada Dato' JJ, kita hendak bertanya: Siapa tinggalkan siapa? (baca, "Siapa membeloti siapa?")


.

3 Komen :

At 9:24 AM, Blogger Unsunghero Berkata ...

Puan...Datuk JJ patut baca apa yang puan kemukakan ini.

 
At 8:50 AM, Blogger Noor Azam Shairi Berkata ...

Minta maaf, sedikit ralat. Kolum itu di Berita Minggu, bukannya di Mingguan Malaysia.

 
At 9:06 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr the interviewer, pembetulan sudah dibuat. Terima kasih.

 

Post a Comment

<< Home