Monday, March 20, 2006

Kecemasan!

Kecemasan!


Tolong sampaikan maklumat ini kepada orang lain. Jika saudara menerima emel daripada nama orang sebenar, kononnya dia menghantar pictures, itu VIRUS! Saya menerima emel seperti itu, saya cuba buka, tidak dapat, akibatnya buku alamat emel saya terpadam! Kosong!


Tiga orang mentee menulis kepada saya bertanyakan apakah pictures yang saya hantar kepada mereka, yang juga gagal dibuka. Saya tidak pernah menghantar pictures kepada sesiapa.


Virus jenis ini bekerja dengan memasuki buku alamat emel kita, menyalin alamat2 yang ada di dalamnya dan menghantarkan virus itu kepada komputer orang lain menggunakan nama-nama yang disalinnya.


Kepada saudara yang perlu menerima berbagai surat daripada saya, tolong kirim emel kepada saya supaya saya dapat mengutip alamat-alamat saudara. Kirim kepada ainon@pts.com.my




2 Komen :

At 10:16 AM, Blogger Kalamtimur Berkata ...

Assalamualaikum wbt. Ya, sebulan yang lalu ramai mentee penulis PTS yang kena serangan Virus Brontok. Akibatnya , kelamkabut dibuatnya.

 
At 4:29 PM, Blogger Muhammad Al Adib Berkata ...

Assalamualaikum;
Puan; sila install anti virus percuma (home edition) dari www.avast.com

virus tu memang jahat... (hehehe) berupaya dikendalikan oleh AVAST dengan baik. AVAST mendapat anugerah anti virus terbaik dunia pada tahun 2005.
Download yang home edition ye...

 

Post a Comment

<< Home