Saturday, March 18, 2006

Klinik Penulis

Sebagaimana tahun-tahun lalu, PTS akan membuka meja klinik penulis di gerai PTS sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur mulai 24 Mac depan.


Setiap hari akan ada pegawai PTS duduk di meja klinik itu dan saudara boleh bertanya sebarang persoalan berkenaan isu-isu penulisan dan penerbitan yang menjadi kemusykilan.


Bagi saudara yang sudah menulis dan ingin mencuba nasib, mana tahu karya saudara itu dapat diterima oleh PTS, silalah bawa salinan CD ataupun disket dan serahkan kepada pegawai bertugas.


Bagi saudara yang musykil ataupun kurang faham berkenaan terma-terma dalam dokumen perjanjian dengan mana-mana penerbit, silalah bawa salinan fotokopi dokumen itu untuk ditafsirkan maknanya oleh pegawai undang-undang PTS.


Saudara yang ingin mendaftar untuk mengikuti kursus-kursus penulisan PTS juga dipersilakan mendaftar di meja klinik itu. Semua gratis!


Pada hari yang SifuPTS berkelapangan, beliau sendiri akan bertugas di klinik!





3 Komen :

At 12:49 PM, Blogger pakhafiz Berkata ...

Allah! saya terlepas lagi peluang bertemu PTS.
Masih di moscow, bu!

wah! sudah bisa bicara indon ya...gratis...gratis...

kalau percuma nanti jadi sia-sia aje...

w/a w/s aja

 
At 1:08 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Pakhafiz,
Ah! Saya rindu Moscow dan St Peterburg ... bagaikan baru tahun lalu bercuti di sana...

 
At 4:00 PM, Blogger Panaharjuna Berkata ...

terdengar seperti ada panggilan halus ala-ala panggilan pulau menyuruh hamba datang.

heheheheh

 

Post a Comment

<< Home