Subjek dalam Dialog: Prinsip Surah Yusuf
Dalam surah Yusuf, subjek dalam dialog hanya digunakan dalam ayat permohonan, tidak dalam ayat-ayat lain.
Siapakah subjek dalam dialog? Apabila Ali bercakap kepada Budin, maka Budin adalah subjek.
Contoh subjek dalam dialog:
“Apa khabar, Budin?” kata Ali.
“Baik, Ali,” jawab Budin.
Subjek dalam dialog adalah suatu unsur yang menarik dalam surah Yusuf. Analisis mendapati, subjek dalam dialog hanya digunakan 10 kali. Semuanya digunakan dalam ayat-ayat rayuan dan permohonan yang serius sahaja.
Berikut adalah ayat-ayat dalam surah Yusuf yang menggunakan subjek dalam dialog.
1. “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi....” (ayat 4) (Nabi Yusuf bercakap kepada ayahnya meminta ayahnya menerangkan makna mimpinya.)
2. “Wahai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada abang-abangmu....” (ayat 5) (Ayah Nabi Yusuf bercakap kepada Nabi Yusuf meminta supaya Nabi Yusuf merahsiakan mimpinya.)
3. “Wahai ayah kami, mengapakah kamu tidak percaya kepada kami....” (ayat 11) (abang-abang Nabi Yusuf meminta supaya ayah mereka membenarkan mereka membawa Nabi Yusuf ikut pergi bermain-main.)
4. “....Wahai ayah kami, kami dilarang membeli lagi... oleh itu benarkanlah Bunyamin ikut kami....” (ayat 63) (Abang-abang Nabi Yusuf meminta kepada ayah mereka supaya dibenarkan membawa serta Nabi Bunyamin ke Mesir membeli gandum.)
5. “Wahai ayah kami, apakah yang akan kami tuntut selepas ini?...” (ayat 65) (Abang-abang Nabi Yusuf meminta ayah mereka memahami masalah yang bakal mereka hadapi apabila hendak ke Mesir lagi bagi membeli gandum tanpa membawa serta Nabi Bunyamin.
6. “Wahai anak-anakku, janganlah kamu masuk ikut satu pintu....” (ayat 67) (Nabi Yaakub meminta abang-abang Nabi Yusuf supaya sekali ini mendengar pesanannya.)
7. “Wahai pembesar, anak ini mempunyai ayah yang sangat tua...” (ayat 78) (Abang-abang Nabi Yusuf meminta supaya Nabi Bunyamin tidak ditahan di Mesir.)
8. “Wahai ayah kami, sesungguhnya anakmu (Bunyamin) telah mencuri....” (ayat 81) (Abang-abang Nabi Yusuf meminta supaya Nabi Yaakub percaya pada apa yang mereka katakan.”
9. “Wahai anak-anakku, pergilah cari Yusuf....” (ayat 87) (Nabi Yaakub meminta abang-abang Nabi Yusuf pergi semula ke Mesir dan mencari Nabi Yusuf.)
10. “Wahai pembesar, kami dan keluarga kami ditimpa kelaparan....” (ayat 88) (Abang-abang Nabi Yusuf meminta kepada Wazir Mesir supaya mereka dibenarkan membeli makanan.)
Contoh subjek dalam dialog yang tidak betul penggunaannya menurut prinsip dalam surah Yusuf adalah:
“Baik, tuan,” kata Makcik Limah. (SALAH)
“Baiklah, bang,” kata isterinya. (SALAH)
“Boleh, mak,” jawab Adam. (SALAH)
“Belum, ayah,” jawab Hindon. (SALAH)
“Betulkah, Kak Long?” tanya Mamat. (SALAH)
“Terima kasih, cikgu,” kata Ifan. (SALAH)
“Terima kasih, encik,” kata Imam Hamid. (SALAH)
“Asalamualikum, Budin,” Haji Leman memberi salam. (SALAH)
“Kamu hendak ke mana, Lijah?” Pak Ngah Malek bertanya. (SALAH)
“Makcik, siapa nama suami makcik?” pegawai polis itu bertanya. (SALAH)
“Abang, tolong belikan bawang kecil setengah kilo,” pesan isteri Bang Sudin. (SALAH)
“Pak Haji, sila masuk,” kata ayah Hamdan. (SALAH)
“Ampun, tuanku,” kata Hang Tuah.
“Tuan Puteri, marilah kita pergi bermain-main,” kata Mak Inang. (SALAH)
“Tuan Hamba, apakah hajat tuan hamba datang ke mari,” Puteri Mas Tempawan bertanya. (SALAH)
“Tuanku, patik akan pergi ke Inderapura besok pagi,” kata Megat Buluh Betung. (SALAH)
Mengapakah dalam surah Yusuf, subjek dalam diolog hanya digunakan dalam ayat-ayat permohonan, Tuhanlah yang lebih mengetahui.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home