Kelas Menengah Melayu dan Kedai Buku
Kedai-kedai buku rangkaian mempunyai kelab ahli sebagai salah satu cara mereka mempromosi buku-buku yang mereka jual. Beberapa kali setahun mereka menerbitkan majalah kelab yang dihantar kepada ahli-ahli mereka.
Ahli-ahli kelab buku ini terdiri daripada golongan kelas menengah bandar-bandar utama. Tidak semua orang yang masuk ke kedai buku mendaftar sebagai ahli kelab. Sebagai contoh, pembeli novel cinta rata-rata tidak menjadi ahli kelab buku.
Individu-individu yang menjadi ahli kelab adalah mereka yang terpelajar, profesional dan mempunyai latar belakang ekonomi yang kukuh.
Sebuah rangkaian kedai buku utama negara ini mempunyai lebih 50 ribu ahli kelab. Sekitar 10 ribu adalah ahli Melayu, dan jumlah ini semakin bertambah.
Saudara sebagai penulis dapat melihat jumlah 10 ribu ini sebagai peluang menghasilkan buku-buku yang diperlukan oleh kelompok kelas menengah Melayu yang menjadi ahli kelab buku seperti itu. Inilah yang dilakukan oleh sebuah penerbit antarabangsa, yang akan menerbitkan novel Geisha versi Melayu.
Gosip-gosip yang kita dengar mengatakan Geisha yang masih lagi dalam proses penerbitan itu sudah pun menerima pesanan awal sekitar 5 ribu naskhah daripada rangkaian kedai-kedai buku utama di Lembah Kelang sahaja.
Satu lagi novel yang diminta supaya diterbitkan versi Melayunya adalah DaVinci Code oleh Dan Brown. Sebuah rangkaian kedai buku berani mengambil 2 ribu naskhah jika novel itu dapat diterbitkan dalam Bahasa Melayu.

0 Komen :
Post a Comment
<< Home