Thursday, March 09, 2006

Dan Brown Indonesia Masuk Malaysia

Ini berita terbaru!

Sebuah rangkaian kedai buku terkenal mengambil langkah menjual novel Dan Brown "DaVinci Code" yang diterjemahkan dan diterbitkan di Indonesia.

"Laku! No Problem!" kata pengurus pemasaran rangkaian itu.

"Siapa yang membelinya?" kita bertanya.

"Majoriti, lelaki. Profesional Melayu. Ada juga perempuan. Juga profesional Melayu," jawabnya.




6 Komen :

At 11:56 AM, Blogger cik easy Berkata ...

Aku suka semua buku Dan Brown..kecuali Da Vinci Code... aku tak tahu kenapa.. aku rasa jelek dgnnya..Digital Fortress, Point of Deception and Angel & Demon semua nya bagus.. tapi masih tak terbayang membacanya dalam bahasa indonesia...

 
At 2:46 PM, Blogger lutfi Berkata ...

terjemahan buku di indonesia, memang hebat. meninggalkan penerbitan di malaysia berpuluh-puluh tahun agaknya. baru-baru ini, saya pergi ke medan, dgn zakir dll, saya berborong buku di gramedia rm 1000. saya selalu impikan suasana begitu di negara kita sendiri. penerbitan mizan sendiri, banyak menterjemahkan buku-buku falsafah dan pemikiran agama...apapun sekurang-kurangnya, dengan adanya pts, boleh juga saya dapatkan buku mizan di mph. (sekarang tengah baca buku epistemologi, dan biografi mulyadi kartanegara, yg saya beli di mph. salam

 
At 12:40 PM, Blogger Unknown Berkata ...

selalunya saya akan ke pustaka indonesia jika mahu mencri buku terjemahan.(buku da vinci code sudah lama ada di jual di situ)

tetapi kini, saya sudah jumpa banyak buku mizan di mph alamanda.

Terimakasih PTS

 
At 1:35 PM, Blogger Panaharjuna Berkata ...

Saya pernah tengok discovery kat astro masa dekat-dekat launch buku ni, saya dengar gereja besar marah betul kat penulis buku ni? ,betul ke?, ker buku lain?... hahahaha gahnya meletup-letup!, baca tak lagi !.

 
At 1:15 AM, Blogger kunci hilang Berkata ...

kenapa cuma profesional melayu?

 
At 11:49 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Kunci Hilang, barangkali disebabkanharga buku itu tinggi oleh itu hanya mampu dibeli golongan bergaji besar. Mungkin juga citarasa golongan profesional menyukai buku-buku bestseller antarabangsa.

 

Post a Comment

<< Home