Thursday, March 09, 2006

Mr Law dan Buku Melayu

Mr Law adalah seorang pengarah urusan salah satu daripada 2 penerbit Cina terbesar di Malaysia dalam sektor buku sekolah.


Beginilah pandangan beliau: Pada tahun-tahun 60-an, semasa bahasa Inggeris masih dijadikan bahasa pengantar sekolah, tidak ada penerbit tempatan, baik orang Melayu ataupun Cina.


Yang ada waktu itu adalah cawangan-cawangan penerbit dari Britain, Oxford, McMillan, Heineman. Negara kita mengimpot buku-buku yang diterbitkan dan dicetak di Britain. Begitulah cara negara kita menyumbang kepada kekayaan ekonomi Inggeris.


Penulis-penulis tempatan pun tidak ada waktu itu sebab mereka tidak dapat melawan kualiti bahasa Inggeris penulis-penulis bangsa Inggeris.


Apabila pada zaman Tun Razak Bahasa Melayu mula menjadi bahasa pengantar, barulah timbul penerbit-penebit tempatan sebab syarikat-syarikat Inggeris itu tidak tahu Bahasa Melayu. Barulah timbul penulis-penulis buku teks di kalangan rakyat negara ini.


Menurut Mr. Law, dasar bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik sekarang adalah ancaman luar paling serius kepada industri penerbitan dalam negara ini. Dengan dasar ini kita mempersilakan penerbit-penerbit luar negara datang bagi menguasai semula industri penerbitan kita seperti keadaannya pada tahun-tahun 60-an dahulu.





8 Komen :

At 11:28 AM, Blogger lutfi Berkata ...

sebenarnya, isu bahasa inggeris ini, sebenarnya macam virus, yang bukan sahaja akan melumpuhkan industri buku, tapi akan melumpuhkan sistem berfikir masyarakat kita (psikologi, jiwa)...entahlah. saya sentiasa terfikir-fikir, entah kenapa bangsa kita, sangat bertolak ansur dalam isu bahasa...seolah-olah masyarakat kita tidak mempunyai otak untuk berfikir setiap tindakan yang dilakukan oleh orang lain yang akan memberi kesan kepada mereka. saya ingat lagi, bila kerajaan menukarkan sistem pengajaran sains dan mat, akhbar melayu semuanya menyokong...pada hal, dalam jangka panjang surat khabar merekalah yang akan mendapat kesan teruk dalam jangka masa panjang...sakit hati saya melihat perkembangan ini.

 
At 11:54 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Lutfi, ada 100 ribu Melayu minta diluluskan permohonan mereka menjadi Kristian, iu maklumat yang dibocorkan oleh Mufti Perak.

Cuba kita tengok, Cina dan India di negara kita yang masuk Kristian itu, adakah mereka itu sangat pandai bercakap Inggeris ataupun mereka cuma pandai cakap Tamil dan Hokkien sahaja?

Siapakah Melayu2 yang sudah murtad dengan masuk Kristian? Mereka sudah masuk Kristian... cuma Jabatan Pendaftaran sahaja yang belum meluluskan permohonan mereka menukar nama.... Adakah mereka itu sepatah tak tahu bahasa Inggeris?

Jangan kita lupa, ruh bahasa Inggeris adalah agama Judeo-Christian.

Bukan semua Cina dan India yang tahu bahasa Inggeris itu masuk Kristian, bukan... tetapi yang masuk Kristian itu memang yang tahu bahasa Inggeris.

Dengan menguatkan peranan bahasa Inggeris dalam kehidupan orang Melayu, kita memasukkan ruh Judeo-Christian ke dalam sanubari Melayu. Cubalah lihat siapa Melayu yang meraikan Valentine Day, yang meniup lilin, yang suka candle-light dinner, yang bergembira menonton rancangan-rancangan TV sempena X-mas, yang pandai ikut menyanyikan lagu-lagu X-mas dalam hatinya apabila mendengar lagu-lagu itu dimainkan di shopping2 complex... bukankah mereka yang pandai bahasa Inggeris?

 
At 1:07 PM, Blogger Unsunghero Berkata ...

Puan...saya rasa ramai rakyat jelata langsung tidak menyedari penjajahan secara halus ini. saya juga tidak menyedari perkara ini sebelum membaca tulisan puan ini.

 
At 1:48 PM, Blogger ok Berkata ...

saya mengajar dalam bahasa melayu walaupun IPTA saya bahasa pengantarnya bahasa inggeris.

 
At 3:15 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

En Manmoncang,

Hukum orang Melayu mengajar murid Melayu menggunakan bahasa bangsa lain adalah haram.

Prinsip memilih bahasa pengantar pendidikan adalah jelas.

Surah Ibrahim ayat 4, "Allah tidak menghantar rasul kepada mana-mana kaum, melainkan di dalam lidahnya."

Surah Yusuf ayat 2, "Sesungguhnya, kami turunkan Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu (wahai Muhammad) memahaminya."

Rasulullah, sebagai orang Arab, apabila beliau mengajar murid-muridnya yang terdiri daripada orang Arab, beliau menggunakan bahasa ibunda murid-muridnya, yakni bahasa Arab.

Jibrail mengajar Nabi Muhammad menggunakan bahasa ibunda Nabi, iaitu bahasa Arab.

Keempat2 kitab suci Islam diturunkan dalam 4 bahasa ibunda Nabi-nabi yang menerimanya.

Nabi Muhammad berperang menentang dan mengalahkan kuasa dunia waktu itu, yakni Empayar Rom, dengan menggunakan bahasa Arab, bukan bahasa Latin.

Beliau menyuruh Zaid bin Harithah belajar bahasa Hebrew dan bahasa Syriac sebab beliau hendak menulis surat mengajak pembesar2 bangsa itu masuk Islam. Ini adalah sunnah yang menunjukkan dasar pelajaran dan pengajaran bahasa asing adalah bagi urusan diplomatik.

Dalam isu pemilihan bahasa pengantar ini, kita berdoa, sesiapa yang menolak panduan Quran dan sunnah, mudah-mudahan Allah ampunkan kesilapan mereka, dan Allah turunkan dihayah ke dalam dada mereka. Amin.

 
At 1:32 PM, Blogger Panaharjuna Berkata ...

Saya geram betul masa last big election tu, saya sanggup tukar tempat mengundi ke selayang sebab nak tolong geng Pak Taib Azamudin tu, kalah juga kami...
la ni dah malas nak dengar ceramah forum perdana setiap malam jumaat tu, sebab selalu sangat muka dia muncul, naibbaik la ada Ar raiiyan kat astro waktu yang sama. Itu pun lagi bagus, nasihatnya straight to the point, tak dak la terawang-awang mengampu tak sudah-sudah.
Alamak Ter'emo' la plak !

 
At 9:52 AM, Blogger Unknown Berkata ...

Mingguan Malaysia Ahad lepas, banyak sungguh artikel tentang memperkasakan Bahasa Melayu..

Setelah Utusan melayu dibunuh, barulah terhegeh-hegeh nak bicara tentang bahasa Melayu.

 
At 11:03 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Jiwarasa,

Berkenaan isu UTUSAN MELAYU jawi ini dan juga isu matinya majalah MASSA, saya mempunyai pandangan begini:

UM dan MASSA mati bukan salah tulisan jawi, bukan salah bahasa Melayu, bukan salah orang Melayu.

UM dan MASSA mati oleh perbuatan kepimpinan editorial di syarikat Utusan.

Silapnya UM dan MASSA adalah pada dasar editorialnya. Kedua-dua penerbitan itu hanya menerbitkan apa yang sudah dapat dibaca dalam Utusan Malaysia dan berita Harian, serta apa yang disiarkan dalam berita RTM dan TV3. Buat apa membeli penerbitan yang menawarkan isi kandungan basi?

Kalau lesen UM itu diberikan kepada PTS kita boleh jual akhbar jawi itu dengan jumlah besar (tetapi dengan syarat kita dibenarkan menerbitkan bahan-bahan yang menyusahkan menteri2 BN!)

 

Post a Comment

<< Home