Thursday, March 30, 2006

Mungkinkah Pekomik Kaya?

Dalam ucapan pelancaran “Mambo di Kuale” presiden PEKARTUN, Tn. Hj. Zainal Buang Husein mengatakan, proses melukis novel grafik adalah menjerihkan.

Bagi pelukis yang mahir, rata-rata mereka menghasilkan satu halaman satu hari,” kata beliau. “Ini bermakna bagi novel grafik setebal 200 halaman, ia mengambil masa 200 hari.”

Sdr Nur Azmi, dalam ucapannya memberitahu hadirin beliau mengambil masa 3 tahun menyiapkan “Mambo di Kuale”.

Katakanlah MDK berjaya dijual 10 ribu naskhah dalam masa 2 tahun, pada harga RM20. Dengan kadar royalti 10%, pekomik mendapat RM20 ribu. Ini bermakna dalam masa 3 tahun, nilai penghasilan beliau daripada MDK adalah sekitar RM7 ribu setahun, tidak sampai RM1 ribu sebulan.

Perkiraan yang simpel ini memberitahu kita ada 2 strategi bagi meningkatkan perolehan pekomik yang suka bekerja sendirian dari A sampai Z, yakni daripada mencipta cerita, storibod dan melukis, semua dibuat sendiri:

  1. Memilih penerbit yang mempunyai keupayaan memasarkan komiknya pada jumlah yang besar, sebagaimana komik AKU BUDAK MINANG oleh Ujang terbitan Creative yang sudah mencecah angka jualan 200 naskhah, hardcover RM32.

  2. Memfokuskan kualiti pada cerita, bukan pada lukisan, supaya proses lukisan yang kurang seninya sekalipun, justeru dapat cepat disiapkan. Dengan cara ini pekomik dapat menerbitkan 2 ataupun 3 buku setahun.

Pekomik-pekomik di negara maju dapat hidup selesa, malah kaya-raya. Sudah sampai masanya kita mencontohi cara kerja rakan-rakan kita di sana.



1 Komen :

At 3:24 PM, Blogger Nurazmi Berkata ...

Minta maaf Pn.Ainon. Saya ingin menjelaskan perkara sebenarnya. Dalam tempoh tiga tahun itu bukanembikinannya. Dalam kenyataan saya kelmarin, "saya memerap karya itu selama tiga tahun".Karya,karektor serta jalan ceritanya sudah difikir secara rawak pada tiga tahun yang lalu.Namun ianya tidak selengkap seperti "result"nya pada hari ini.Setelah bertemu penerbit yang sesuai dengan konsep karya tersebut saya keluarkan kembali karya itu (yang pada asalnya tiada judul.Ya tiada judul dan hanya karektornya sahaja.Ianya diolah kembali,dilukis kembali oleh saya.saya ubah jalan ceritanya sedikit,saya olah kembali.maklumlah stroke saya tiga tahun dulu tidak sama seperti hari ini. Semuanya diolah semula,ditambah,ditolak,digaul kembali.Umpama resipi ciptaan lama yang digilap semula sebelum Ameen bersetuju untuk menerbitkannya.Satu karya yang agak daif pada mulanya tetapi diperkayakan semula.Judul "Mambo di Kuale!!" baru diperolehi semasa pembikinan grafiknya. Terma kasih atas perhatian Puan.Harap Puan memahami. Dan ytak lupa kerana sudi hadir pada hari pelancaran. terima kasih!!

 

Post a Comment

<< Home