Wednesday, March 29, 2006

Ujang Up-date

Semalam sekali lagi saya ke booth Creative hendak berjumpa dengan En. Jaafar Taib bagi menyampaikan salam dan pesan Sdr. Abdullah Jones. Beliau tidak ada.

Saya ternampak Sdr Ujang sedang melukis kartun di meja khasnya.

Di sisinya tersusun AKU BUDAK MINANG hardcover RM32.

"Sudah berapa terjual?"

"Hampir 200 ribu," jawab Ujang sambil terus melukis. Dia tidak pandang pun muka saya.

Di dinding terpamer novelnya JIBAM paperback RM10.90.

"Berapa JIBAM sudah terjual?"

"Hampir 250 ribu," jawab Ujang, sambil terus melukis.


Nota: Bagi menghubungi Sdr Ujang malimpelita@hotmail.com


.

2 Komen :

At 12:11 PM, Blogger ORAET Berkata ...

hmm.. 200K ++.. byk gak tu..

tapi selama berapa tahun usaha penjualan tu berlangsung?

mmg mencabar..

 
At 5:11 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Jibam adalah novel yang paling saya suka. Saya membacanya semasa berada di zaman sekolah menengah. Pada mulanya saya terpandang guru bahasa Inggeris saya, seorang graduan lulusan luar negara begitu asyik membacanya. Selang beberapa hari kemudiannya, saya pula yang membacanya.

 

Post a Comment

<< Home