Monday, March 27, 2006

Godam

Dalam pesta buku semalam, saya duduk di meja pelanggan gerai PTS dengan Puan Nursalamah Abdullah, setiausaha Koperasi Buku Malaysia.

Datang seorang budiman, lalu duduk.

"Saya mencari buku untuk menambah pengetahuan saya tentang bahasa Melayu," katanya sambil menunjuk ke arah rak kamus-kamus PTS.

"Tesaurus Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan itu tidak bagus!" kata budiman itu.

"Apa yang tidak bagus?" tanya Puan Nursalamah.

"Perkataan 'godam' tidak ada di dalamnya," jawab budiman itu.

Saya mengeluarkan buku nota dan mencatatkan rungutan budiman itu. Dia memerhatikan saya menulis.

"Encik hendak tahu? Inilah Puan Ainon Mohd.," kata Puan Norsalamah sambil ketawa.

"Yakah?"

"Ya," kata Puan Nursalamah.

"Kalau macam ini, saya beli tesaurus itu. Minta Puan Ainon tandatangani, boleh?"

"Boleh! Terima kasih."

Lelaki budiman itu pun segera bangun lalu mengambil tesaurus saya dan saya pun menurunkan autograf saya pada buku yang tidak bagus itu!


.

4 Komen :

At 9:37 AM, Blogger tujuh86 Berkata ...

Mana yang lebih bagus? Orang yang kata buku itu bagus tapi tak beli, ataupun mereka yang kutuk tapi beli (dan minta tandatangan pula!)

:)

 
At 3:09 PM, Blogger Sitie Berkata ...

Kita maklum ramai yang kenal Pn Ainon pada nama sahaja sedangkan kalau berselisih bahu pun mungkin tak tahu... jgn marah Pn ye... Dan saya rasa orang yang baca blog Pn Ainon hari-hari pun masih ada yang tak kenal... betul ke? Maafkan saya jika saya salah.

Saya kenal Pn Ainon pun setelah saya kenal PTS.... Kesimpulannya... Pn kita yang satu ni kenalah 'tonjolkan' diri lebih sikit, boleh ke?

 
At 12:51 AM, Blogger Panaharjuna Berkata ...

pendapat saya, dua-dua bagus.

 
At 12:27 PM, Blogger pakhafiz Berkata ...

yang penting kejujuran.
memberi komen kena jujur.
yg membeli juga perlu jujur.

yg tak bagus...yg fotokopi/cetak rompak buku tu!

 

Post a Comment

<< Home