Friday, March 31, 2006

Penerbit Baru: Kreatif Tidak Kena Tempat

Dalam pertemuan penerbit indie minggu lalu, Pn. Hanizon Hussin dari PBJ Resources, sebuah pengedar alat-alat bantuan mengajar, menceritakan peristiwa ini:

Sebuah penerbit baru mahu melantik syarikatnya sebagai pengedar bagi buku terbitannya. Buku itu bersaiz A4.

Mengapa saiz buku ini begini besar?” tanya Pn. Hanizon.

Supaya buku ini tidak muat jika hendak dimasukkan ke dalam beg sekolah murid.”

Mengapa?”

Kalau tidak muat masuk beg sekolah, murid terpaksa pegang. Jadi murid-murid lain boleh nampak buku itu. Itu adalah strategi periklanan kami,” kata salesman penerbit baru itu.

Buku itu gagal dalam pasaran.



1 Komen :

At 10:44 AM, Blogger D.N.A.S Berkata ...

Puan,
saya rasa kalau buku-buku kerja murid-murid sekolah ni saiznya 1/2 daripada A4 mesti sesuai. Kemudian, buku-buku tu nipis saja, macam buku kerja murid sekolah tadika. Untuk satu tahun, ada 3 buah buku untuk satu subjek. Satu buku guna untuk satu semester sahaja. Jadi, beg sekolah pun ringanlah sikit.

 

Post a Comment

<< Home