Monolog dan Dialog dalam Surah Yusuf
Dalam novel, ada dua jenis dialog - ada dialog dan ada monolog.
Dalam surah Yusuf, 86% ayat-ayat dalam surah itu mengandungi dialog, manakala hanya ada 1 monolog.
Ayat 77: Mereka berkata, “Kalau dia (Bunyamin) mencuri, maka tidaklah pelik, kerana sesungguhnya saudara kandungnya (Ysusf) pernah juga mencuri dahulu.” (Mendengar kata-kata yang menyinggung itu) maka Yusuf pun menyembunyikan perasaannya, dan tidak menyatakan kepada mereka, sambil berkata dalam hati, "Kamulah yang lebih buruk keadaannya, dan Allah maha mengetahui akan apa yang kamu katakan itu.”
Salah satu manfaat dialog yang banyak adalah ia memudahkan novel dialihkan menjadi skrip TV ataupun skrip filem, ataupun dikomikkan. Manakala, monolog menyebabkan novel sukar dialihkan menjadi skrip.
Monolog terdiri daripada 2 jenis:
(1) Monolog yang merupakan dialog dalam hati, yakni watak bercakap kepada orang lain tetapi dialog itu tidak diucapkan dengan mulut.
Contoh dialog dalam dalam hati: Dalam hatinya, Mamat berkata, "Budin... Budin... Mengapalah kamu bodoh benar." Bayangkan bagaimanakah monolog ini dapat dilakonkan.
(2) Apabila watak berkata-kata kepada dirinya sendiri, itulah adalah monolog juga.
Contoh dialog dengan diri sendiri: Dalam hatinya Mamat menyesali dirinya sendiri, "Sampai hati dia buat aku begini. Tidak mengapalah, Tuhan akan balas perbuatannya." Bayangkan bagaimanakah monolog ini dapat dilakonkan.
Monolog hanya dapat dibaca. Ia tidak dapat dilakonkan. Jadi, apabila saudara menulis buku cerita, ataupun novel, bagi tujuan dialihkan menjadi skrip TV ataupun filem, ataupun komik, monolog tidak sesuai.
1 Komen :
Puan Ainon,
Dalam Surah Yusuf terdapat 86% dialog.Dialog ini dikurung dengan pembuka kata ("_")dan penutup kata.Bila diaplikasikan ke dalam novel,terlalu banyak dialog yang mengandung ("_").Oleh kerana pembaca kita yang suka membaca dalam bentuk naratif.Naratif ini kita lahirkan dalam monolog kita hanya perlu dialog pada tempat yang tertentu di-stress-kan sahaja.
Bolehkah diterima dalam mencipta novel bawah naungan PTS?.
Post a Comment
<< Home