Boleh Hidupkah dengan Menulis Buku Bahasa Melayu?
Pertanyaan ini amat sering kita dengar keluar daripada mulut orang-orang yang menguasai bahasa Inggeris. Di sebalik pertanyaan itu adalah keyakinan bahawa buku Melayu tidak laku dan pasarannya amat terbatas.
Golongan penutur bahasa Inggeris yakin dengan menulis buku dalam bahasa Inggeris buku-buku itu dapat dijual ke seluruh dunia, sedangkan buku-buku Melayu hanya dijual dalam pasaran tempatan. Mereka juga yakin orang Melayu tidak membaca.
Bagi menjawab pertanyaan ini, kita boleh menjawabnya dengan bertanya, "Boleh hidupkah dengan menyanyi dalam bahasa Melayu?"
Tiap-tiap produk mempunyai audiensnya sendiri. Buku Inggeris mempunyai peminatnya sendiri, demikian pula buku-buku Melayu. Jumlah audiens buku-buku Melayu adalah jauh lebih besar daripada audiens buku Inggeris.
Penyanyi-penyanyi Melayu yang dulu menyanyi dalam bahasa Inggeris akhirnya kembali menyanyi dalam bahasa Melayu hanya disebabkan tekanan hidup.
Audiens lagu-lagu Inggeris tidak meminati lagu-lagu Inggeris yang keluar dari bibir-bibir tempatan. Bagi penyanyi Melayu yang cuba menyanyi dalam bahasa Inggeris, usaha itu tidak menjanjikan pendapatan setinggi menyanyi dalam bahasa Melayu.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home