Tuesday, August 02, 2005

Mahu Jadi Penceramah Kaya?

Apabila saudara seorang penulis, saudara elok memasuki juga bidang ceramah dan latihan. Buku-buku yang ditulis oleh penceramah terkenal menikmati jualan yang tinggi, dengan itu royalti saudara juga tinggi.

Jikalau saudara seorang yang sudah banyak menerima undangan berceramah, elok jika saudara mempunyai buku. Setiap kali saudara berceramah, saudara dapat mempromosi dan menjual buku-buku saudara. Mereka yang hadir mendengar ceramah saudara juga lebih puas hati sebab dapat membaca dengan lebih terperinci apa yang sudah mereka dengar.

Dalam pasaran, para penceramah yang mempunyai buku menikmati yuran ceramah yang lebih tinggi daripada penceramah yang bercakap sahaja.

Perkara yang serupa juga berlaku dalam bidang nyanyian. Penyanyi yang tidak merakamkan album tidak dapat menikmati yuran tinggi.