Menulis Buku untuk Pembaca Umum
Apabila saudara menulis buku yang akan dijual di dalam kedai-kedai buku, saudara memasuki apa yang disebut sektor 'trade book'. Dalam bahasa Melayu ia disebut 'buku umum'. Jadi semua buku dalam kedai MPH adalah jenis trade book.
Daripada sudut bisnes, sektor trade book adalah sektor yang sukar ditembusi, tetapi apabila sekali saudara dapat menembusi sektor ini, saudara dapat bertahan lama dalam bisnes buku.
Apakah ciri-ciri trade book?
Buku trade book dijual kepada pembeli individu yang membayar dengan wang peribadi. Oleh itu buku mesti dijual dengan harga patut. Ini berbeza dengan buku yang dijual kepada perpustakaan awam yang dibayar menggunakan wang kerajaan. Buku-buku yang dibeli oleh institusi dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi daripada harga kedai.
Bagi mendapatkan harga patut, jumlah halaman perlu dikawal. Sebagai contoh, pembeli buku-buku Melayu tidak sanggup membeli buku yang harganya lebih daripada RM25. Harga yang paling sesuai adalah kurang daripada RM20.
Majoriti lelaki yang masuk kedai buku mencari buku-buku yang membantu mereka naik pangkat ataupun buat lebih banyak duit.
Majoriti perempuan yang masuk kedai buku mula-mula pergi ke rak novel, kemudian baru mereka pergi ke rak buku-buku menjalin hubungan bahagia dengan lelaki, parenting dan kesihatan.
Kulit buku perlu menggunakan desain yang menarik. Pengalaman kita mendapati warna hijau tidak diminati oleh pembeli buku-buku bukan agama.
Apabila buku-buku terbitan saudara dapat masuk rangkaian kedai-kedai buku besar, kedudukan saudara sama dengan RamlY Burger, Adabi Food ataupun Aminah Hassan. Saudara tidak perlu ambil pusing siapa turun, siapa naik, dalam politik. Saudara sudah kuat dalam sektor komsumer.
1 Komen :
emm... betul juga tu.
Post a Comment
<< Home