Thursday, August 18, 2005

Penulis akan Dipaksa Ikat Kontrak dengan Penerbit?

Gosip terbaru dalam dunia penerbitan buku bunyinya begini: Ada sebuah penerbit besar yang berura-ura hendak mengenakan syarat kepada penulis yang mahu menerbitkan karyanya dengan penerbit itu supaya menandatangani kontrak eksklusif.


Senang cakap beginilah: Kalau saudara hendak menerbitkan novel saudara dengan Penerbit ABC, saudara hendaklah menandatangani perjanjian di mana selama 5 tahun saudara tidak boleh menerbitkan karya saudara dengan mana-mana penerbit lain.


Kontrak eksklusif ini menyerupai kontrak yang diamalkan oleh penerbit-penerbit muzik.


Sebagai penulis, apa pendapat saudara?


1 Komen :

At 1:00 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya sokong pandangan sdr Vrempire. Memang betul, kalau penulis besar, apa yang hendak ditakutkan? Mungkin mereka tidak takut jika ada yang menyaman, tetapi rata-rata penerbit besar akan menjaga dengan baik penulis yang membantu menambahkan kekayaan mereka. Sebagai penulis pula, lima tahun rezeki tetap, apa pula nak difikirkan? Buku pula sentiasa dipasarkan. Janji royalti dibayar seperti di dalam agreement.

 

Post a Comment

<< Home