Wednesday, August 17, 2005

Buku Malaysia Melintas Selat Melaka

Mulai 2005, Kelompok Mizan dari Indonesia mula membeli lesen izin menerbitkan buku-buku terbitan dua buah penerbit Malaysia bagi diterbitkan semula di negara itu dalam versi bahasa Indonesia.


Kelompok Mizan adalah penerbit kedua terbesar di Indonesia, selepas PT Gramedia. Ia kalah kepada Gramedia disebabkan Gramedia mempunyai rangkaian kedai buku, suratkhabar dan majalah, manakala Kelompok Mizan memfokuskan bisnesnya pada buku-buku sahaja.


Kelompok Mizan terdiri daripada 16 buah anak-anak syarikat yang masing-masing menumpukan aktiviti menerbitkan buku bagi kumpulan sasaran masing-masing. Kategori penerbitan Mizan meliputi buku untuk kanak-kanak sehingga ensiklopedia.


Mizan dikuasai oleh keluarga keturunan Indonesia-Arab. Dengan demikian tidak hairanlah buku-buku terbitan Kelompok Mizan bersifat Islami.


Operasi penerbitan Mizan berpusat di Bandung, dengan ibu pejabat korporatnya sahaja yang berada di Jakarta.



1 Komen :

At 9:26 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya berminat untuk menjadi penerbit tetapi tidak pasti apakah syarat-syaratnya. Puan Ainon boleh berikan sedikit guidance tak?

 

Post a Comment

<< Home