Monday, August 15, 2005

Memenangi Hati Editor

Pengurus jabatan editorial bertugas memilih buku-buku yang akan diterbitkaan. Beliau mempunyai beberapa orang editor di bawahnya. Editor adalah manusia biasa. Jika mereka tahu manuskrip saudara sukar diedit, mereka boleh menolak manuskrip saudara.

Antara alasan yang lazimnya dikemukakan oleh editor bagi menolak manuskrip penulis adalah:

  1. Bab-bab yang terlalu panjang, sampai berpuluh-puluh halaman.

  1. Gaya bahasa yang berbelit-belit, sukar difahami, dan ayat yang panjang-panjang.

  1. Tatabahasa yang salah. Sistem penambahan dan sendi tidak betul. Ayat tergantung.

  1. Tanda bacaan yang salah, tidak bersistem.

  1. Terdapat ayat-ayat yang dapat dikesan ia adalah ayat terjemahan daripada buku-buku Inggeris ataupun Arab, bukan ayat original si pengarang.

  1. Terlalu banyak petikan daripada buku-buku lain.

  1. Terlalu banyak definisi. Tidak banyak contoh.

Prestasi editor diukur dengan jumlah berapa buah buku yang dapat diterbitkannya setiap bulan. Editor perlu sekurang-kurangnya menerbitkan 2 buah buku sebulan. Mereka bekerja dalam keadaan yang banyak stres.

Beli dan baca buku-buku panduan menulis yang banyak di kedai. Hadiri kursus penulisan. Apabila manuskrip yang saudara hantar itu 'cantik', kerja editor menjadi mudah. Saudara akan menjadi penulis rebutan editor.



2 Komen :

At 11:19 AM, Blogger Riz Berkata ...

Checked out your blog it's great!

I have a Installing A Ceiling Light fan site/blog. It pretty much covers Installing A Ceiling Light fan related stuff.

Come and see it some time.

 
At 11:21 AM, Blogger TheBear Berkata ...

Hey man.. Cool blog here! I'll make a note of it in my browser.

But while I'm at it -- I've got a question for you...

Have you been on a vacation lately... If not then I
would invite you to have look at the
all inclusive vacation in caribbean site. It pretty much covers all inclusive vacation in caribbean related stuff. Hope you find this useful.

Come and check it out if you get time :)

 

Post a Comment

<< Home