Satu Buku, Banyak Hakcipta
Apabila saudara menulis novel, hakcipta seluruh manuskrip itu adalah milik saudara seorang. Tetapi apabila manuskrip karangan saudara itu sudah terbit menjadi buku, ada beberapa hakcipta dalam buku itu yang bukan milik saudara, iaitu:
Design kulit buku.
Lukisan yang digunakan pada kulit buku.
Perwajahan pada bahagian dalam buku.
Layout buku.
Ilustrasi dalam buku.
Katakanlah novel saudara iu diterbitkan oleh penerbit PTS. Apabila saudara menarik balik hak penerbitan novel itu daripada PTS sebab saudara hendak menerbitkannya sendiri, saudara mesti membuat semula semua 5 perkara di atas. Jika tidak, saudara bersalah kerana mencuri dan menjual hakcipta milik pihak lain.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home