Saturday, August 13, 2005

Siapa Rabiah Amit?

Dua jilid buku resipi Kek Lapis Sarawak oleh Rabiah Amit diam-diam sudah terjual berbelas-belas ribu naskhah, bagi setiap jilid. Jilid 1 dijual RM28 manakala jilid 11 dijual RM34.


Sehingga saat berita ini ditulis, jualan buku beliau masih laju. Dijangka menjelang bulan Ramadhan depan, jualannya akan meningkat lebih laju lagi!


Rabiah adalah penulis buku resipi kategori kek dan biskut paling berjaya dalam pasaran negara ini. Rekod jualan buku Rabiah Amit mengatasi rekod mana-mana buku kek, termasuk yang terbit dalam bahasa Inggeris.


Entah di mana sedapnya kek lapis Sarawak, tetapi produk tradisional itu sudah menjadikan Rabiah Apit antara penulis tempatan yang menerima royalti paling tinggi daripada jualan bukunya dalam pasaran terbuka.


Sekali lagi terbukti, penerbitan bahan-bahan lokal dalam bahasa Melayu adalah jauh lebih menguntungkan, baik bagi penerbit mahupun penulis, dibandingkan dengan penerbitan buku tempatan dalam bahasa Inggeris, ataupun buku yang diimpot dari negara Inggeris.



1 Komen :

At 2:00 PM, Blogger ibnurabi Berkata ...

Bagi Orang Sarawak lebih lagi-lagi yang Islam, kek lapis merupakan salahsatu identiti masyarakat. Begitu juga di Brunei.Kalau di Semenanjung Malaysia, hari raya tiada serinya tanpa ketupat dan lemang. Maka begitu jugalah di Sarawak, kek lapis salah satu juadah penting yang mesti ada di atas meja di musim Raya. Sarawak & kek lapis itu begitu rapat sekali dari segi identitinya.

 

Post a Comment

<< Home