Buku Tak Laku: Apa Penerbit Buat?
Sudah 3 tahun berturut-turut saudara menerima hanya dua tiga ratus ringgit sahaja sebagai bayaran royalti buku saudara yang bertajuk “Panduan Menjadi Penggerak Perubahan Masyarakat.”
Buku saudara dicetak 2000 naskhah, laporan jualan yang saudara terima dari penerbit menunjukkan sampai hari ini baru 453 naskhah dapat dijual. Apakah yang akan berlaku ke atas baki buku yang masih ada dalam setor penerbit?
Buku yang tidak laku dijual memakan ruang dalam setor. Ruang adalah wang. Setiap kaki persegi ruang setor adalah disewa. Buku yang baru dicetak perlu disimpan dalam setor. Buku lama berlonggok-longgok. Takkan nak sewa setor baru!
Berikut adalah beberapa cara yang diamalkan oleh penerbit bagi menyelesaikan masalah buku tak laku.
Jika buku itu sesuai dengan sekolah, ia didermakan kepada perpustakaan-perpustakaan sekolah, khususnya sekolah-sekolah luar bandar yang dipilih oleh penerbit. Kos penghantaran ditanggung oleh penerbit.
Buku-buku itu didermakan kepada banyak pihak yang menulis surat meminta sponsor buku-buku sebagai hadiah untuk pelbagai pertandingan dalam acara dan majlis yang mereka adakan.
Buku-buku itu dijadikan gula-gula promosi dalam pelbagai pameran yang diadakan oleh penerbit. “Beli 2 dapat 3.”
Dijual kepada pembeli dengan potongan harga sampai 75%.
Dilelong RM1 satu ataupun 50 sen satu dalam pesta lelong.
Dijual pukal kepada pembeli buku-buku reject dengan harga yang tinggi sedikit daripada harga suratkhabar lama!
Dijual kepada pembeli kertas buruk.
Bilakah masanya buku saudara dijual sebagai kertas buruk? Empat tahun selepas tarikh buku saudara diterbitkan.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home