Menulis Buku Cerita untuk Sekolah
Jika saudara guru, lazimnya cara guru berfikir lebih kurang begini: Tulis buku sekolah rendah lain, tulis buku sekolah menengah lain. Pola fikir guru sudah dikotak-kotakkan begitu.
Ada pola fikir yang merugikan. Cara berfikir seperti di atas tidak menguntungkan mana-mana pihak. Penulis rugi, penerbit rugi, penjual buku pun rugi. Sekolah pun tidak untung!
Di seluruh negara sekarang terdapat sekitar 10 ribu buah sekolah. 1,300 adalah sekolah menengah, selainnya sekolah rendah. Jikalau buku yang saudara tulis itu cuma sesuai untuk sekolah menengah, jumlah jualan sangat kecil, saudara nak makan apa? Penerbit nak makan apa? Penjual nak makan apa?
Kelebihan sekolah menengah adalah, walaupun jumlahnya kecil, kedudukannya dapat dilawati oleh penjual-penjual buku sebab semua sekolah menengah terletak berhampiran dengan jalan raya.
Jika buku saudara hanya sesuai untuk sekolah rendah, walaupun jumlah sekolah rendah adalah sekitar 8 ribu buah, ada 2 ribu buah sekolah rendah di negara kita yang kaya raya ini, yang tidak mempunyai bekalan elektrik. Kalau elektrik pun tidak ada, takkan ada penjual buku yang mahu melawati sekolah-sekolah itu. Lebih daripada 4 ribu buah sekolah rendah terletak amat jauh daripada kedai buku paling dekat.
Inilah faktor, apabila saudara hendak menulis buku cerita untuk bacaan murid sekolah, tulislah buku yang sesuai dibaca oleh pelajar darjah 5, 6, tingkatan 1 dan 2. Dengan itu buku saudara dapat dijual kepada kedua-dua sekolah!
Penerbit dapat memasarkan buku kepada audiens yang lebih besar, penjual buku dapat menjual kepada lebih banyak sekolah, penulis mendapat royalti yang lebih tinggi, dan sekolah rendah mendapat buku-buku yang lebih tinggi mutunya.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home