Monday, August 15, 2005

Mencari Mentor

Kursus penulisan adalah aktiviti yang banyak dianjurkan oleh persatuan-persatuan penulis.Walau bagaimanapun kebanyakan kursus itu adalah kursus penulisan kreatif.


Walaupun namanya kursus penulisan, tetapi cara ia dikendalikan lebih banyak bersifat ceramah yang disampaikan oleh penulis-penulis yang sudah berjaya menerbitkan karya mereka. Akibatnya kursus-kursus itu tidak memindahkan kemahiran menulis kepada peserta.


Meskipun demikian, faedah utama menghadiri kursus-kursus seperti itu adalah motivasi bagi terus cuba menulis.


Jadi, saudara hadirilah kursus-kursus itu. Sesekali saudara dapat berkenalan dengan penceramah, dan dari situ saudara berpeluang bermentor dengan mereka. Inilah keuntungan paling besar menghadiri kursus penulisan.